Bahasa Kalašma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kalašma
Kalasmaik
KawasanAnatolia
PupusTidak diketahui
Tulisan pepaku Het
Kod bahasa
ISO 639-3Tiada (mis)

Bahasa Kalašma, atau Kalasmaik, ialah satu bahasa Anatolia yang telah pupus yang dituturkan di negeri Kalašma pada akhir Zaman Gangsa, yang terletak di pinggir barat laut Empayar Het, mungkin di dalam atau sekitar wilayah Bolu, Turki moden.[1]

Penemuan[sunting | sunting sumber]

Universiti Würzburg Julius-Maximilians mengumumkan penemuan bahasa Kalasma pada tahun 2023, berdasarkan papan tanah liat (diindekskan KBo 71.145 [2]) dari Arkib Bogazköy yang digali di Hattusa, ibu kota Empayar Het.[3] Papan bertulis itu, yang ditulis dalam kuneiform Hittite pada abad ke-13 SM,[2] adalah satu antara banyak lagi batu bersurat di dalam arkib yang merakamkan upacara-upacara rakyat empayar mereka dan negeri-negeri jiran.[1] Bahagian pengenalannya menggunakan bahasa Het dan menyatakan bahawa teks utamanya adalah dalam "bahasa negeri Kalašma"[1] (URUka-la-aš-mi-li[2]).

Sewaktu ditemui, teks itu belum diterjemah.[1] Pengkategorian bahasa Kalasma dalam rumpun Anatolia juga tidak jelas; ia mungkin ahli cabang Luwik.[4] Teks tersebut diterbitkan pada 2 Februari 2024 oleh Daniel Schwemer.[5][6][7]

Analisis linguistik oleh Ilya Yakubovich dan Elisabeth Rieken [de] akan diterbitkan pada tahun 2024 dalam jurnal Archäologischer Anzeiger [de].[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "New Indo-European Language Discovered". Julius-Maximilians-Universität of Würzburg. (dalam bahasa Inggeris). 2023-09-21. Dicapai pada 2023-09-26. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "uni-wuerzburg" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b c d Schwemer 2024 m/s XIX Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Schwemer2024xix" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Georgiou, Aristos (2023-09-22). "Archaeologists discover previously unknown language from ancient tablet". Newsweek (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-26.
  4. ^ Chrysopoulos, Philip (2023-09-23). "New Indo-European Language Discovered in Ancient City of Hattusa". Greek Reporter. Dicapai pada 2023-09-26.
  5. ^ Ceylan, Kemal; Şeker, Şahin (6 Oktober 2023). "Epigraflar Kalaşma dilini okuyoruz ama anlayamıyoruz dedikleri Hitit tabletinde keşfetmiş". Arkeolojik Haber (dalam bahasa Turki). Dicapai pada 6 Oktober 2023.
  6. ^ "The Language of Kalašma: A New Branch of Anatolian". www.phil.uni-wuerzburg.de (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-05.
  7. ^ Schwemer 2024

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Schwemer, Daniel (2024). Keilschrifttexte aus Boghazköi (PDF) (dalam bahasa Jerman). 71. Mainz: Akademie der Wissenschaften und der Literatur. m/s. XIX, XXXI [teks], 42-43 [imej]. Dicapai pada 6 Februari 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Thesaurus Linguarum Hethaeorum digitalis Cari "KBo 71.145" untuk transliterasi papan tanah liat itu (dan glos pengenalan bahasa Het)