Pergi ke kandungan

Biopolimer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Biopolimer, juga dikenali sebagai polimer organik, ialah polimer alamiah. Kanji, protein, dan peptida, serta DNA dan RNA ialah contoh biopolimer, di mana unit monomer adalah glukosa, asid amino dan asid nukleik masing-masing. Komposisi kimia tepat dan urutan di mana unit-unit disusun dinamakan struktur utama polimer. Banyak biopolimer "berlipat" menjadi bentuk-bentuk tertentu, yang boleh menentukan fungsi biologi biopolimer. Biologi kestrukturan adalah bidang penyelidikan bentuk-bentuk biopolimer.

Polimer semula jadi ialah bahan kimia yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan haiwan atau boleh didapati secara semula jadi. Karbohidrat, protein, dan getah asli adalah contoh polimer asli yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan. Polimer merupakan bahan kimia yang mempunyai molekul berantai panjang. Rantai panjang molekul polimer ini dibina apabila beribu-ribu molekul kecil bergabung antara satu sama lain. Molekul kecil ini adalah unit ulangan yang dinamai monomer.