Cinta (drama lipur lara 1999)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta
GenreDrama
Berdasarkan daripada
Seandainya Aku Boleh Memilih oleh
Mira W.
PengarahMaruli Ara
Dibintangi oleh
Penggubah lagu tema
Lagu pembukaan"Bahasa Kalbu" oleh Titi DJ
Lagu penutup"Bahasa Kalbu" oleh Titi DJ
Negara asalIndonesia
BahasaBahasa Indonesia
Bilangan musim1
Bilangan episod26
Penerbitan
PenerbitLeo Sutanto
Kristuadji Legopranowo
PenyuntingSentot Said
Pemasangan kamera
Multi-kamera
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Indika Entertainment
Penyiaran
Saluran asalRCTI
Siaran asal20 April 1999 (1999-04-20) – 19 Oktober 1999 (1999-10-19)

Cinta ialah sebuah drama lipur lara Indonesia terbitan Indika Entertainment yang ditayangkan pada 20 April 1999 jam 20.00 WIB di RCTI berdasarkan novel Seandainya Aku Boleh Memilih oleh Mira W. Drama lipur lara ini diarahkan oleh Maruli Ara dan dibintangi oleh Desy Ratnasari, Primus Yustisio, dan Atalarik Syah.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Rini merupakan anak ketiga daripada keluarga yang tegas dalam mendidik anak-anaknya. Abang sulungnya Irwan terpaksa memasuki Fakulti Kejuruteraan dan masih belum menamatkan pengajian di kolej walaupun sudah sembilan tahun belajar. Arman anak kedua menceburi bidang ekonomi walaupun lebih gemar bermain muzik. Reny, adik Rini, dihantar belajar di Australia. Rini belajar perubatan, walaupun itu bukan niatnya.

Di kampusnya, Rini menjadi idola dan rebutan orang. Tapi pilihan Rini malah jatuh pada Andi, yang menderita penyakit jantung koroner. Haris, kakak Andi, meragukan kesungguhan Rini. Ibu Andi juga kuatir akan Andi akan kecewa. Namun Rini ingin membuktikan cintanya pada Andi. Atas bujukan Rini, Andi bersedia berobat ke Amsterdam. Selama Andi di Amsterdam, hubungan Rini dan Haris menjadi akrab, mulai tumbuh benih-benih cinta di antara mereka. Haris dan Rini berhubungan intim, dan Rini hamil.

Takut mengecewakan Andi, ibu Andi membuat rancangan. Haris berkahwin dengan Sukma, walaupun Haris tidak mencintainya. Sebaik sahaja Rini bersalin, bayi Rini (Doni) telah diambil sebagai anak angkat oleh Haris dan Sukma. Rini mengikut Andi ke Amsterdam dan mereka berkahwin di sana. Haris langsung tidak mempedulikan Sukma. Perhatian Sukma sendiri diberikan kepada Doni. Sedangkan Rini sendiri tidak dapat merasai kepuasan batin daripada suaminya kerana jantungnya lemah.

Beberapa tahun kemudian, Andi dan Rini pulang ke tanah air. Apabila melihat Doni, fikiran Rini berubah. Dia mahukan Doni, tetapi Sukma tidak sanggup. Secara diam-diam, Haris cuba merapatkan semula hubungannya dengan Rini. Haris cuba memujuk Sukma supaya menyerahkan Doni. Kerana Sukma berdegil, Haris mahu menceraikan Sukma.

Hancur hati Andi apabila mendapat tahu Rini dan Haris menjalinkan hubungan sulit, dan buah cinta mereka ialah Doni. Andi meninggal dunia akibat strok. Pada masa yang sama, Sukma hampir mati keracunan. Haris masuk penjara kerana bukti keracunan menghala ke arahnya. Sebaik sahaja Sukma mendengar tentang nasib Haris, dia akhirnya dimasukkan ke hospital mental. Kehilangan "ibunya", Doni jatuh sakit. Ini menggalakkan Sukma pulih dengan cepat supaya dia dapat melawat Doni. Akhirnya Rini sedar yang Doni perlukan Sukma. Bukan Rini, walaupun dia ibu kandung Doni.


Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Watak
Desy Ratnasari Rini
Primus Yustisio Haris
Atalarik Syah Andi
Hanna Hasyim Sukma
Dien Novita Cokro
Rudy Salam Suryadirjo
Lucky Alamsyah Dokter Nurdin
James Sahertian Anwar

Referensi[sunting | sunting sumber]