Ezzanie Jasny
Ezzanie Jasny | |
---|---|
Kelahiran | Nur Ezzanie Sherazade binti Jasny 8 November 1999 |
Pusat pendidikan | KDU University College |
Pekerjaan | Pelakon, Model & Usahawan |
Tahun aktif | 2021–kini |
Nur Ezzanie Sherazade binti Jasny (Jawi: نر عزاني شراذادي بنت جثني ;lahir 8 November 1999) atau lebih dikenali sebagai Ezzanie Jasny merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Ezzanie Jasny mula mendapat perhatian di dalam bidang lakonan apabila beliau memegang watak utama sebagai Hattin Isabella menerusi drama Sayang Tak Dikenang.[1] [2] [3]
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Ezzanie Jasny atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade binti Jasny merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Selesa dipanggil dengan nama sapaan Ezzanie, beliau membawa perwatakan yang ceria, mudah bergaul dan happy go lucky.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Lakonan[sunting | sunting sumber]
Beliau mula melibatkan diri di dalam bidang lakonan sebagai pelakon ekstra menerusi drama Cinta Nan Grata pada tahun 2019. Kemudiannya, beliau membintangi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard dan Primadona Makyung Bedah sebagai pelakon pembantu. Beliau seterusnya ditawarkan menjadi pelakon utama di samping Fadlan Hazim dan Ruhainies menerusi drama Sayang Tak Dikenang arahan Feroz Kader.
Perniagaan[sunting | sunting sumber]
Mula memasuki bidang perniagaan secara sambilan yang dilaksanakannya secara dalam talian, sejurus sahaja selepas tamat persekolahan. Beliau juga memiliki jenama perniagaan produk sendiri berkaitan dengan barangan kosmetik.
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Kekasih Hati Mr Bodyguard | Lola | TV3 | Drama pertama |
2022 | Primadona Makyung Bedah | Suria | TV2 | |
Sayang Tak Dikenang | Hattin Isabella | TV3 | ||
2023 | I Love You, Stupid | Iris | Viu | Drama Web |
2024 | Layang Layang Perkahwinan | Saida | Astro Ria | |
Kuih Muah | Shahida | Tonton | Drama Web | |
Nuh & Nayla | Jiha | TV3 |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Baby-Sita | Liza | Astro Warna | Telefilem pertama |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Fatin Farhana Ariffin (11 Mac 2022). "Beri pemengaruh media sosial peluang sebelum nilai". Berita Harian. Dicapai pada 29 Ogos 2023.
- ^ Georgie Joseph (04 Mac 2022). "Pempengaruh juga layak berlakon jika ada bakat". Harian Metro. Dicapai pada 29 Ogos 2023. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Farol Hadi (05 Mac 2022). "Dulu hanya 'extra' lalu lalang, influencer Ezzanie Jasny tak sangka dapat peluang jadi heroin Akasia!". mStar. Dicapai pada 29 Ogos 2023. Check date values in:
|date=
(bantuan)