Farsa
Penampilan
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/45/Theatre_Farce_%28Petrov-Vodkin%29.jpg/220px-Theatre_Farce_%28Petrov-Vodkin%29.jpg)
Farsa (pinjaman Perancis: farce ) adalah seni pesembahan pentas bertemakan lawak yang bersifat satira atau menyindir.[1] Pementasan sebegini bersifat ringan dengan komposisi dramatis, dan mempertontonkan situasi yang diniliai cukup mustahil.[2] Watak-watak yang dimainkan dalam persembahan biasanya mempunyai stereotaip.[2]
Secara umum pertunjukkan ini menampilkan humor dalam aspek luas.[2] Dari segi intelektual dan estetika, ia dilihat lebih rendah kedudukannya dibandingkan dengan seni komedi kerana karakterisasinya yang kasar dan skenario jalan cerita yang tidak mungkin terjadi.[2] Meskipun demikian, farsa tetap terkenal di dunia Barat dari zaman dahulu hingga sekarang.[2]