FijiFirst
FijiFirst ( Fijian ) merupakan sebuah parti politik liberal di Fiji. Parti itu ditubuhkan pada Mac 2014 oleh Perdana Menteri terkini, Frank Bainimarama .
Pembentukan[sunting | sunting sumber]
Parti itu dilancarkan pada 31 Mac 2014 dengan Bainimarama memulakan lawatan ke seluruh negara di dalam bas kempen untuk mengumpul 5,000 tandatangan yang wajib diperlukan untuk mendaftar sesebuah parti politik [1] dan parti tersebut berjaya mengumpul lebih 40,000 tandatangan untuk membolehkan pendaftarannya. [2]
Bainimarama berkata FijiFirst adalah nama yang merangkumi kepercayaan politiknya. [3] Beliau menyenaraikan calon pertamanya dan presiden parti Jiko Luveni . [4]
Parti itu melantik bekas senator Parti Buruh Fiji, Bijai Prasad sebagai salah seorang Naib Presidennya serta Peguam Negara semasa Aiyaz Sayed-Khaiyum sebagai setiausaha agung parti. Bijai Prasad meletak jawatan sebagai Naib Presiden sehari kemudian dengan memetik sabitan jenayah atas jenayah rompakan pada 1980-an yang mana beliau pernah menjalani hukuman penjara. [5] Tui Macuata, Ratu Wiliame Katonivere juga dipilih sebagai naib presiden parti. Vimlesh Kumar yang merupakan seorang akauntan dan ahli gabungan CPA Australia disenaraikan sebagai bendahari. [6]
Permohonan pendaftaran parti itu menghasilkan enam aduan, [7] termasuk satu daripada pihak yang sebelum ini pernah menggunakan nama "Fiji First". [8] Walaupun begitu, parti itu berjaya juga didaftarkan pada 30 Mei 2014. [9]
Pilihan Raya 2014[sunting | sunting sumber]
Parti itu menamakan 21 orang calon pada 25 Julai 2014 [10] dengan Frank Bainimarama mengetuai senarai. Hasil daripada pilihan raya umum Fiji 2014, parti itu memenangi 293,714 undi, 59.2% daripada jumlah undi (bersamaa 495,105 pengundi), memberikan parti itu majoriti dengan 32 daripada 50 kerusi Parlimen. [11]
Pilihan Raya 2018[sunting | sunting sumber]
Parti itu menamakan 51 orangcalon pada pilihan raya 2018, sepuluh daripadanya adalah calon wanita. [12] FijiFirst memenangi pilihan raya umum 2018 dengan majoriti yang berkurangan daripada pilihan raya 2014 . FijiFirst mengumpul 227,241 undi yang menyebabkan parti itu hanya memperoleh 50.02% bersamaan 27 kerusi yang cukup untuk parti itu mentadbir secara bersendirian dalam majoriti tipis. [13] [14]
Pilihan Raya 2022[sunting | sunting sumber]
Walaupun kekal sebagai parti utama dalam pilihan raya 2022, FijiFirst menyaksikan undinya berkurangan sekali lagi kepada 42.55%, menyebabkan parti itu kehilangan majoriti di Parlimen. [15] Dengan hanya 3 kerusi, SODELPA muncul sebagai penentu keputusan, [16] dan selepas 6 hari rundingan ia memutuskan untuk menyokong kabinet pimpinan PAP, sekaligus menamatkan pemerintahan FijiFirst selama lapan tahun dan Bainimarama selama 16 tahun. [17]
Sejarah pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Pilihanraya parlimen[sunting | sunting sumber]
Pilihanraya | Ketua parti | Undi | % | Tempat duduk | +/– | kedudukan | Kerajaan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2014 | Frank Bainimarama | 293,714 | 59.17% | 32 / 50
|
Baru | style="background:#bfd; color:black; vertical-align:middle; text-align:center; " class="table-yes2" |Government | |
2018 | 227,241 | 52.94% | 27 / 51
|
▼</img> 5 | style="background:#bfd; color:black; vertical-align:middle; text-align:center; " class="table-yes2" |Government | ||
2022 | 200,246 | 42.55% | 26 / 55
|
▼</img> 1 | style="background: #ffdddd; color: black; vertical-align: middle; text-align: center; " class="table-no2" |Opposition |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "'I want a new Fiji' - Fiji Times Online". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-09. Dicapai pada 2014-04-26.
- ^ "Fiji's Bainimarama lodges party application - Radio New Zealand News". 5 May 2014. Dicapai pada 2014-05-08.
- ^ "Pacific.scoop.co.nz » Fiji First unveiled as Bainimarama's new party name for elections". Dicapai pada 2014-04-26.
- ^ "Fiji First registration now weeks away - Radio New Zealand News". 25 April 2014. Dicapai pada 2014-04-26.
- ^ "FijiFirst man quits over criminal record". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-08. Dicapai pada 2014-05-08.
- ^ "I did not have to think twice - Tui Macuata". Dicapai pada 2014-05-08.
- ^ "Fiji First Party approval outlined". Radio New Zealand International. 2014-06-02. Dicapai pada 2014-06-03.
- ^ "Fiji First party registration decried". Radio New Zealand International. 2014-05-31. Dicapai pada 2014-06-03.
- ^ "Fijian PM's Fiji First party officially registered". Shanghai Daily. 2014-05-30. Dicapai pada 2014-06-03.
- ^ Swamy, Nasik. "FijiFirst candidates". Fiji Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 26 July 2014.
- ^ "2014 Election Results". Fiji Elections Office. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-21. Dicapai pada 2014-09-23.
- ^ "Six political parties to contest Fijian elections". RNZ. 16 October 2018. Dicapai pada 16 October 2018.
- ^ "2018 General Election: FijiFirst wins and will form next government". The Fiji Times. 18 November 2018. Dicapai pada 18 November 2018.
- ^ Talebula Kate (18 November 2018). "2018 General Election: FijiFirst secures 27 seats to form government". Fiji Times. Dicapai pada 18 November 2018.
- ^ Fijivillage. "Final results out with no party securing more than 50 percent of the total votes in the 2022 general elections". www.fijivillage.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-12-18.
- ^ "SODELPA is kingmaker". Fiji Broadcasting Corporation. Dicapai pada 2022-12-18.
- ^ "Fiji has a new coalition government; Rabuka to be PM". RNZ (dalam bahasa Inggeris). 2022-12-20. Dicapai pada 2022-12-20.