Pergi ke kandungan

GK3 The Movie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
GK3 The Movie
Poster keluaran tayangan
PengarahYusof Haslam
PenulisYusof Haslam
Lakon layarYusof Haslam
BerdasarkanGerak Khas oleh
Yusof Haslam
Dihasilkan oleh
  • Yusof Haslam
  • Ismail Mustapha
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehLotus Five Star AV
Tarikh tayangan
  • 9 Februari 2005 (2005-02-09) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.40 juta
Pecah panggungRM 1.35 juta[1]

GK3 The Movie (juga dikenali sebagai Gerak Khas The Movie III) merupakan sebuah filem aksi kepolisan Malaysia 2005 arahan Yusof Haslam berdasarkan drama kepolisan Gerak Khas. Filem ini merupakan kesinambungan kepada filem Gerak Khas The Movie II dan terakhir dalam siri filem Gerak Khas. Dibintangi oleh Abby Abadi, Norman Hakim dan Sarimah Ibrahim. Filem ini mula ditayangkan kepada umum pada 9 Februari 2005. Filem ini tidak lagi menampilkan AC Mizal seperti filem sebelumnya.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Unit Gerak Khas cuba menyelesaikan kes pembunuhan Suzana di sebuah pangsapuri mewah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Raymond (Faizal Hussein). Ramon merupakan adik kembar kepada Frankie (watak Faizal Hussein dalam Gerak Khas The Movie II), penjenayah yang ditumpaskan oleh Unit Gerak Khas dalam satu operasi menentang kumpulan militan dan sindiket pengedaran dadah 2 tahun yang lalu.

Inspektor Aleza (Abby Abadi), Inspektor Haris (Norman Hakim) dan Inspektor Farah (Sarimah Ibrahim) yang baru sebulan dipindahkan ke unit berkenaan ditugaskan menyiasat kes itu. Pada masa sama, adik Aleeza, Misha (Misha Omar) berpindah ke Kuala Lumpur dan memilih tinggal bersama kawannya Julia (Julia Hana). Misha terjebak cinta dengan Zack (Ezany Nizariff), seorang pemuda misteri. Hubungan mereka ditentang Aleeza. Keadaan menjadi kecoh apabila banyak kejadian tidak disangka berlaku hingga mengheret Farah, Aleeza dan Misha dalam perangkap Raymond.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Abby Abadi sebagai Inspektor Aleeza,Kakak kepada Misha
  • Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Inspektor Farah,Pegawai baru yang ditukarkan ke unit Supt Helmi dan teman wanita Zarul
  • Norman Hakim sebagai Inspektor Haris,
  • Faizal Hussein sebagai Ramon,Ketua sindiket penyeludupan Senjata,Dadah
  • Misha Omar sebagai Misha,Adik kepada Inspektor Aleeza yang datang ke KL untuk bekerja namun hubungan beliau dan Aleeza tidak sehaluan sejak kecil
  • Saiful Apek sebagai Saiful, Informant kepada Sarjan Hashim
  • Aqasha sebagai Zarul,Teman lelaki Inspektor Farah dan orang kanan Ramon yang juga dalang pembunuhan Suzana Osman
  • Julia Hana sebagai Julia,Kawan kepada Misha dan perempuan simpanan Ramon
  • Ezany Nizariff sebagai Zack,Pengedar dadah kecilan dan teman lelaki Misha
  • Kuswadinata sebagai Bronco,Orang kanan Ramon
  • Zack Kool sebagai Rudy, pengikut Ramon
  • Adam Corrie sebagai Michael, pengikut Ramon
  • Razib Salimin sebagai pengikut Ramon (bertindak kordinator aksi)
  • Andy Kuanda sebagai Lelaki Negro
  • Yusof Haslam sebagai Supt. Helmi
  • Zulkifli Ismail sebagai ASP Razlan
  • A. Galak sebagai Sarjan Hashim
  • Farid Amirul sebagai Detektif Lim
  • Deen Maidin sebagai Detektif Lingam
  • Elly Mazlein sebagai Detektif Mazlin
  • Z. Zamri sebagai Detektif Zaidi
  • Marissa Yasmin (tidak dinamakan) sebagai Suzana Osman ,bekas perempuan simpanan Ramon yang dibunuh oleh Zarul atas arahan Ramon

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2005 Festival Filem Malaysia ke-18 Pelakon Harapan Wanita Misha Omar Tercalon
Suntingan Terbaik Salehan Shamsuddin Tercalon

Lagu[sunting | sunting sumber]

Antara lagu-lagu dimuatkan dalam GK3 The Movie semuanya nyanyian Misha Omar sendiri dan lagu tema GK diberi nafas baru

*Terpana

*Riwayat Cinta

*Lilitan Asmara

*Gerak Khas versi baru - Roy ft Elly Mazlein

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abu Bakar, Muzlina (28 Mac 2005). "Yusof Haslam - Filem saya ada kelas tersendiri". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 14 April 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]