Gråhund

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gråhund
Negara asalSweden
Trait
Tinggi Jantan sekitar 52 cm (20 in)
Betina sekitar 49 cm (19 in)
Pengelasan dan piawaian
Pupus
Anjing (Canis lupus familiaris)

Gråhund[a] ialah satu baka anjing Sweden yang diiktiraf oleh FCI (dahulu Kumpulan 5, Seksyen 2, No. 112). Baka ini disingkirkan pada tahun 1981 oleh FCI daripada senarainya[1] dan sejak itu tersenarai dengan nama baharu anjing pemburu elk kelabu Norway dengan Nombor Piawaian 242 sebagai baka anjing Norway.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Gråhund ialah wakil tipikal bagi anjing pemburu Nordik daripada jenis spits. Tubuhnya bergaris luar segi empat sama dan ekornya melingkar. Lapis bulunya berwarna kelabu dengan pelbagai cahaya warna, dengan dada, leher, perut, dan tungkai yang berwarna cerah dan telinga, belakang, dan muncung yang berwarna gelap. Lapis bulu bawahnya patut berwarna kelabu tulen, sementara rerambut pengawal patut mempunyai hujung hitam. Perwatakannya diperihalkan sebagai perwatakan baik, hangat, patuh, dan tenang.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Gråhund pada asalnya merupakan anjing pemburu untuk pemburuan elk, rusa, lynx, dan beruang, yang mampu memburu mangsa di sepanjang jarak jauh di rupa bumi mencabar, dan kemudian juga menjadi anjing pendamping dan anjing keluarga.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: ݢروهون

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hans-Joachim Swarovsky (1985). BI-Lexikon Hunderassen (Jerman), edisi ke-2. Leipzig, Jerman: VEB Bibliographisches Institut. hlm. 176.