Grifon berbulu wul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Grifon berbulu wul
Tahun 1880 di pameran Elberfeld Ausstellung
Nama lainGrifon penuding berbulu wul
Grifon Boulet
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi 55–60 cm (22–24 in)
Pengelasan dan piawaian
Pupus
Anjing (Canis lupus familiaris)

Grifon berbulu wul,[a] grifon penuding berbulu wul,[b] atau grifon Boulet[c] (sempena pembiak baka paling terkenalnya Emanuel Boulet) ialah satu baka anjing Perancis yang diiktiraf oleh FCI (dahulu Kumpulan 7, Seksyen 1.3, No. 174). Baka ini masih diiktiraf oleh SCC kini.

Asal usul dan sejarah[sunting | sunting sumber]

Baka ini dianggap pupus. FCI mengumumkan bahawa kemasukan terakhir dalam buku pembaka adalah bertarikh tahun 1984: Mungkin masih ada anjing baka ini di sini sana di Perancis, tetapi tidak dapat ada kepastian bahawa ia dibiakbakakan dengan kerap. SCC tidak lagi mengenali mana-mana pembiak baka bagi baka ini.

Perihal terperinci pertama bagi baka ini berasal dari tahun 1884 dalam "Schweizerischen Hundestammbuch" ("Buku Keluarga Anjing Switzerland"), Jilid 1. Pengarangnya, Neukomm, menyebut bahawa "laineux" ("berbulu wul") adalah tidak betul kerana bulunya amat panjang dan agak mirip sutera. Pada masa itu, anjing berbulu wul ini adalah sangat popular dan pernah memenangi anugerah-anugerah tertinggi dalam banyak pameran. Korthals menggunakan anjing ini untuk mengasaskan baka grifon beliau, yang dikenali sebagai grifon Korthals.[1]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Saiznya ialah 55–60 cm (22–24 in). Bulunya pula lembut, hampir mirip sutera, pudar, lurus hingga sedikit beralun. Warna yang diingini merupakan perang berangan atau daun kering.

Di lapangan, anjing ini cenderung untuk mencari dengan "hidung tinggi" dan mampu menandingi seter atau anjing penuding.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: ݢريفون بربولو وول; Perancis: griffon à poil laineux
  2. ^ Jawi: ݢريفون ڤنوديڠ بربولو وول; Perancis: griffon d'arrêt à poil laineux; bahasa Inggeris: woolly-haired pointing griffon
  3. ^ Jawi: ݢريفون بولي; Perancis: griffon boulet

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hans Räber (2001). Enzyklopädie der Rassehunde (Jerman), jilid ke-2: Terrier, Laufhunde, Vorstehhunde, Retriever, Wasserhunde, Windhunde. Stuttgart, Jerman: Franckh-Kosmos. ISBN 3-440-08235-0. hlm. 586 ff.: Der Griffon a poil Laineux (Griffon Boulet Wollhaariger Vorstehhund).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]