Hanis Zalikha Zainal Rashid (lahir 9 Oktober 1990)[1] merupakan seorang penulis blog, model, pelakon dan pengacara wanita Malaysia.[2] Beliau pernah dicalonkan untuk anugerah Most Influential Blog Award pada tahun 2011.[3][4]
Beliau merupakan anak kedua[4] daripada tujuh orang adik-beradik.[2] Ibunya, Nani Rostam merupakan bekas model sekitar tahun 1980-an.[5] Beliau mula menceburi bidang peragaan bermula daripada penyertaannya dalam pertandingan televisyen realiti secara dalam talian iaitu Malaysian Dreamgirl pada tahun 2008.[6][5] Beliau menjadi peserta[6] kedua yang menjadi naib juara pada pertandingan tersebut. Pada tahun 2010, beliau menduduki tempat keenam[5] dalam carta Top 10 Fastest Rising People in Google Malaysia Top Searches 2010[7] serta mengatasi kedudukan Siti Nurhaliza.[2][5] Selain itu, beliau pernah disenaraikan sebagai carian sepuluh teratas dalam pencarian Google Zeitgeist 2011.[3]
Beliau telah menjadi peserta[6][5] kedua yang menjadi naib juara bagi musim pertama program ini, mengalahkan 12 peserta lain. Rancangan ini disiarkan secara dalam talian.
Pada musim yang pertama, beliau banyak mengembara secara berseorangan sebelum berjumpa dengan rakan di destinasi yang dituju. Berbeza dengan musim kedua, beliau bersama Akhmal Nazri disatukan untuk membeli-belah di pasar lambak sekitar Asia termasuklah Taiwan, Bali, Korea Selatan dan Makau.[13][6][5][14]