Johan Ghazali
Johan Ghazali | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Johan Ghazali Zulfikar 13 November 2006 Kuala lumpur |
Nama lain | Jojo |
Warganegara | Malaysia |
Tinggi | ft 0 in (0 m) |
Gaya | Muay Thai |
Saudara | Zulfikar Mohd Ghazali (Bapa) Jennana Johnson (Ibu) Elias Ghazali Zulfikar (abang) Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar (adik lelaki) Emylia Zulfikar (adik perempuan) Mohd Ghazali Che Mat (Datuk) |
Kelab terkenal | Muay Thai Rentap |
Sekolah terkenal | Sekolah Menengah Kebangsaan St. Thomas, Kuching |
Johan Ghazali (lahir 13 November 2006) atau lebih dikenali sebagai Jojo merupakan pejuang Muay Thai. [1][2]
Latar Belakang[sunting | sunting sumber]
Jojo dilahirkan pada 13 November 2006 di Kuala Lumpur. Menetap di Kajang, Selangor selepas di lahirkan dan berpindah ke Kuching, Sarawak pada tahun 2015. Beliau merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Beliau merupakan anak kepada pasangan Zufliqar Muhammad Ghazali dan Jennana Johnson. Jojo juga merupakan cucu kepada Almarhum Mohd Ghazali Che Mat. Ibunya merupakan seorang warganegara Amerika Syarikat.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Thomas, Kuching. Beliau mula aktif dalam sukan Muay Thai sejak berumur 10 tahun dek kerana keinginan beliau mengikut jejak langkah ibu bapanya yang merupakan pengamal seni pertahan diri Muay Thai. Menariknya disini kesemua adik beradik beliau juga pengamal seni pertahan diri Muay Thai. [3]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Biodata Johan Ghazali (Jojo), Atlet Muay Thai Malaysia". iluminasi. 2023-08-15. Dicapai pada 2024-02-16.
- ^ "Bintang Muda Dalam Sukan Muay Thai, Ini Biodata Johan Ghazali". www.iloveborneo.my. 2023-06-03. Dicapai pada 2024-02-16.
- ^ "Biodata Johan Ghazali (Jojo) Peninju Termuda Muay Thai Malaysia". Sistem Guru Online (dalam bahasa Inggeris). 2023-12-10. Dicapai pada 2024-02-21.