Kasih Iris Leona
Kasih Iris Leona Azhar | |
---|---|
كاسيه ايريس ليونا ازهر | |
Kelahiran | Kasih Iris Leona binti Azhar 13 Mac 2002 |
Pusat pendidikan | Universiti Bath |
Pekerjaan | Pelajar |
Tahun aktif | 2019–kini |
Ibu bapa | Azhar Sulaiman (bapa) Chempaka Emalin Pahamin (ibu) |
Hubungan | Pahamin Abdul Rajab (datuk) |
Kasih Iris Leona Azhar (Jawi: كاسيه ايريس ليونا بنت ازهر ; lahir 13 Mac 2002) merupakan selebriti internet Malaysia dan merupakan anak kepada selebriti dan arkitek.[1] [2][3][4]
Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]
Kasih Iris Leona dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 13 Mac 2002. Leona merupakan anak bongsu daripada tiga beradik kepada pelakon veteran, Azhar Sulaiman. Dia juga merupakan kembar kepada abangnya, Andika Rees Pahamin Azhar. Kakaknya bernama Kasih Leia Ixora Azhar.
Kasih Iris leona mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas. Beliau mendapat keputusan 7A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau sangat aktif dalam bidang berpengakapan dan dianugerahkan Pengakap Raja.[5] Beliau juga lulus Anugerah Pandu Puteri Raja. Beliau merupakan satu daripada dua pelajar yang berjaya mendapat kedua-dua anugerah ini di Malaysia. Kemudian, beliau melanjutkan pendidikannya dalam ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan di Universiti Bath, England.
Kasih Iris Leona pernah manjalani latihan industri di AirAsia. Beliau dituduh menggunakan pengaruh datuknya, Pahamin Abdul Rajab untuk manjalani latihan industri di syarikat penerbangan terkemuka itu.
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Kasih Iris Leona dan Nur Aisyah Muhammad Razip merupakan rakan baik. Namun, pada tahun 2024, Leona menjatuhkan bom di TikTok di mana dia membuat litupan awam mengatakan "my heart when my (ex) best friend got with my ex after we broke up". Desas desus netizan mengatakan Cupcake Aisyah katanya telah mensailang bekas kekasih Leona selepas Leona berpisah. Namun, tiada siapa yang mengetahui kebenarannya. Malahan, perangai Aisyah yang sedikit tidak read-the-room kerana dibesarkan dalam keluarga yang mewah dan merupakan anak bongsu dalam keluarga juga menjatuhkan reputasinya. Berbanding Aisyah yang kelihatan agak fake dan buat-buat, Leona lebih natural dan real dalam persona Internet-nya. Rata rata juga bersetuju bahawa Leona lebih kelakar.
Kasih Iris Leona menghabiskan masa lapangnya dengan membuat video di aplikasi TikTok seperti menari mengikut irama lirik dan bergelek. Sementara mengikuti pengajian di Bath, Leona kini semakin mahir memasak dan sangat kerap membuat video pendek di TikTok. Antara videonya adalah menyanyi kan lagu Ketipak Ketipuk Raya dan lagu Bey Soba Bey, Bey Rilek Bey. Tambahan pula, Leona merupakan berdarah totok Kelantan dari sebelah ibunya.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Netizen puji anak dara Azhar Sulaiman cantik macam Fazura Astro Awani (4 September 2018). Dicapai pada 4 September 2018.
- ^ Azhar Sulaiman bimbang, Leona setiap hari ‘bodoh’
- ^ “SAYA RISAU KALAU LEONA NI JENIS YANG BODOH SETIAP HARI” – AZHAR SULAIMAN
- ^ AZHAR SULAIMAN LUAH RASA RISAU ANAK ‘TERLALU’ SELESA DENGAN KONTROVERSI – “SAYA TAKUT LEONA NI JENIS B*DOH SETIAP HARI”
- ^ “Raja Puan Muda Perak Pun Bangga Dengan Dia” – Netizen Terpesona, Kasih Iris leona Pernah Terima Anugerah Pandu Puteri & Pengakap Laut Raja