Ku Temu Cahaya adalah sebuah lagu khas yang dicipta oleh penyanyi dan komposer Yassin Sulaiman untuk penyanyi Dayang Nurfaizah di mana ia bertujuan untuk amal bersama Yayasan Anti-dadah Sedunia. Ia diterbitkan dalam bentul digital release bermula pada 8 April 2010 namun fizikalnya menemui pasaran pada 2 Julai 2010. Lagu ini mendapat dokongan sepenuhnya oleh World AIDS Foundation. Ia kemudian dijadikan single kedua untuk album solo ketujuh Dayang yang berjudul Sayang & Cahaya.