Pergi ke kandungan

Noreen Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Noreen Noor
Kelahiran
Noraine binti Mohamad Nor

1959 (1959)
Meninggal dunia22 Oktober 2013(2013-10-22) (umur 53–54)
Sebab kematianKompilasi buah pinggang dan jantung
DikebumikanKampung Pulai, Melaka
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1970–2013
Kampung asalKampung Pulai, Serkam Pantai, Melaka
PasanganTengku Kamaruzzaman Ibni Sultan Abu Bakar (berpisah)
Baharuddin Ngah (berpisah)
Datuk Mokhtar Ahmad
Anak-anakDanial Baharuddin,
Diyana Tihani, 11 (anak angkat)

Noreen Noor atau nama sebenar, Noraini Mohamad Noor (1959 – 22 Oktober 2013) merupakan salah seorang penyanyi serta pelakon yang dilahirkan di Singapura[1] sekitar 1970an hingga tahun 1980-an. Beliau juga pernah memenangi satu pertandingan nyanyian ketika berusia lima tahun dan ketika berkhidmat dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mengeluarkan album pertamanya yang bertajuk Kepastian bersama syarikat rakaman Columbia Broadcast System (CBS) yang juga langkah pertamanya dalam bidang seni. Antara album yang dikeluarkan selepas itu ialah Dariku Untukmu, Air Mata dan Sunyi. Lagu-lagu beliau juga seringkali dimainkan di radio seperti lagu "Siang Terbayang Malam Merindu".

Selain daripada bernyanyi, beliau juga pernah menceburi bidang perfileman. Lakonan pertamanya adalah dalam filem Talak pada tahun 1984. Antara filem lain yang dibintangi beliau adalah seperti Hantu Siang (1986), Wira Angkasa (1987) dan Pelumba Malam (1989).[2]

Noraini Mohamad Noor memiliki hubungan keluarga dan merupakan dua pupu kepada Datuk Khadijah Ibrahim atau Khaty dari sebelah ibu.[3]

Noreen turut berlakon dalam filem Raya Tak Jadi! (2011) arahan Prof Madya A Razak Mohaideen.[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Noraini pernah berkahwin dengan (Dato K) Tengku Kamaruzzaman Ibni Sultan Abu Bakar, Baharuddin Ngah dan Datuk Mokhtar Ahmad meninggalkan dua anak, Danial Baharuddin, 22, dan Diyana Tihani, 11 (anak angkat).

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Oktober 2013, jam 5.50 pagi, Noraini Mohamad Noor telah meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor akibat komplikasi buah pinggang dan jantung.[5] Jenazahnya dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Pulai, Serkam Pantai, Melaka selepas solat Zohor.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Bila Azwir Kembali Lagi (1974)
  • Album Kepastian (Album pertama) (1983)
  • Dariku Untukmu (1984) air mata (1986)
  • Mekar Kembali (1998)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1984 Talak Liza Filem pertama
1986 Hantu Siang Zarina Mohd Ali
Balik Kampung Josephine
1987 Wira Angkasa Norli
1988 Dia Bukan Bayiku Filem usahasama Malaysia-Indonesia
1989 Pelumba Malam Ema
1996 Cinta Metropolitan Monisa
2011 Raya Tak Jadi! Hajah Nisah Filem terakhir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Saya masih ada - Noreen". Kosmo. 10 Mei 2009. Dicapai pada 23 September 2012.
  2. ^ "Saya masih ada - Noreen". Kosmo. 10 Mei 2009. Dicapai pada 23 September 2012.
  3. ^ Singer-actress Noreen Noor dies at 54.
  4. ^ Belasungkawa Noreen Nor (1959 - 2013): Alami komplikasi ginjal, jantung.
  5. ^ Noreen Noor meninggal dunia akibat kompilakasi jantung, buah pinggang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]