Pergi ke kandungan

Perjanjian 30 Januari 1819

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perjanjian ini telah ditandatangani antara Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman dengan taktik Stamford Raffles mengambil Singapura.

Antara syarat perjanjian ialah:

  • Syarikat Hindia Timur Inggeris boleh mendirikan loji di Singapura
  • Syarikat Hindia Timur Inggeris bersetuju melindungi Temenggung daripada ancaman dalam dan luar negeri
  • Syarikat Hindia Timur Inggeris akan membayar sebanyak 3,000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung
  • Syarikat Hindia Timur Inggeris tidak membenarkan Temenggung membuat hubungan dengan negara Barat yang lain.