Phee Boon Poh
Dato' Seri Phee Boon Poh (lahir 1 Disember 1951) merupakan ahli politik dari DAP. Beliau merupakan ADUN Sungai Puyu selama 3 penggal dan berkhidmat sebagai EXCO Pulau Pinang memegang portfolio Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar di bawah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Chow Kon Yeow selama 3 penggal.
Dato' Seri Phee Boon Poh DGPN (Pulau Pinang) | |
---|---|
EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 2008–2023 | |
Ketua Menteri | Chow Kon Yeow (2018-2023) Lim Guan Eng (2008-2018) |
Digantikan oleh | Lim Siew Khim (Kebajikan) Sundarajoo Somu (Alam Sekitar) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Sungai Puyu | |
Dalam jawatan 2008–2003 | |
Digantikan oleh | Phee Syn Tze |
Majoriti | 19,569 (2018) 16,207 (2013) 9,201 (2008) |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1 Disember 1951 |
Parti politik | |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Anugerah[sunting | sunting sumber]
- Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) (2023)
Pasukan Peronda Sukarela[sunting | sunting sumber]
Phee Boon Poh adalah pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Sempena perarakan Merdeka pada 31 Ogos 2014, seramai 150 orang ahli PPS telah ditangkap oleh polis kerana engkar arahan polis PDRM. Phee ditahan polis ketika memberi keterangan di ibu pejabat polis Timur Laut, Pulau Pinang. Beliau ditemani oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan seorang lagi ADUN RSN Rayer (Seri Delima). [1]