Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MV Faina
Thabo Mbeki
Levy Mwanawasa
Satu rampasan kuasa di Guinea diumumkan tidak lama selepas kematian Presidennya Lansana Conté .
Perhimpunan Agung PBB melantik Turki , Austria , Jepun , Uganda dan Mexico untuk menganggotai Majlis Keselamatan selama dua tahun.
50 lanun perairan Somalia merampas kapal kargo Ukraine MV Faina (gambar) bersama dengan muatan senjata dan amunisinya, serta 33 kereta kebal T-72 .
Haile Gebrselassie dari Habsyah memecahkan rekod dunia maraton dengan 2 jam, 3 minit, 59 saat.
Kgalema Motlanthe mengangkat sumpah sebagai Presiden Afrika Selatan , menggantikan Thabo Mbeki .
Presiden Afrika Selatan Thabo Mbeki (gambar) meletak jawatan seperti yang diminta oleh parti pemerintah Kongres Kebangsaan Afrika .
Presiden Zimbabwe Robert Mugabe dan ketua pembangkang Morgan Tsvangirai mencapai satu persetujuan perkongsian kuasa.
Presiden Zambia , Levy Mwanawasa (gambar) meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar beberapa minggu sebelumnya.
Tanjung Verde menjadi negara anggota Pertubuhan Perdagangan Sedunia yang ke-153.
Zimbabwe mengeluarkan wang kertas 100 bilion dolar terbaru kerana kadar inflasi tahunan negara itu mencecah 2.2 juta peratus.
Ketua pembangkang Zimbabwe , Morgan Tsvangirai menarik diri dari pusingan kedua pilihan raya presiden 27 Jun setelah penyokong Presiden Robert Mugabe menyerang perhimpunannya.
Pilihan raya presiden Zimbabwe dilanjutkan ke pusingan kedua kerana tiada pemenang jelas antara Morgan Tsvangirai dan penjawat kini Robert Mugabe .
Pergerakan Perubahan Demokratik mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya parlimen Zimbabwe , menewaskan parti Presiden Robert Mugabe ZANU-PF .
Mesir memenangi Piala Negara Afrika 2008 , menewaskan Cameroon 1-0.
Rali Dakar 2008 dibatalkan setelah 4 pelancong dibunuh di Mauritania .