Pergi ke kandungan

Raden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Raden (bahasa Jawa: ꦫꦢꦺꦤ꧀) ialah gelaran kebangsawanan dalam kebudayaan Jawa dan Sunda. Gelar umum bagi para bangsawan Jawa ini dahulunya berarti pemangku negeri yang telah mencapai keluhuran rohani dan kemuliaan akhlak; bahkan juga telah mencapai “ketajaman perasaan” dan kelembutan hati nurani. Gelar ini juga dahulunya menunjuk kepada kewajiban para pemangku negeri, yakni para bangsawan atau pangeran di tanah Jawa.[1]

Gelar ini juga sejak abad ke-14 misalnya dipakai di Kalimantan (Kerajaan Negara Daha) dan masih dipakai pada sebahagian keraton misalnya Kesultanan Sambas. Dalam menulis nama orang, "Raden" biasa disingkat "R.".

Ada sorang Raden intern kat aloft dulu

Asal kata[sunting | sunting sumber]

Kata "raden" berasal dari kata rahadian atau roh-adi-an: "roh" ꦫꦺꦴꦃ iaitu nyawa atau suksma dan adi ꦄꦢꦶ bererti besar, luhur, mulia. Kata raden ini juga setara dengan radin ꦫꦢꦶꦤ꧀ "rasa", "perasaan". Kata raden juga mengacu pada kata radya ꦫꦢꦾ yang berarti "negara", "keraton", atau "pemangku negeri".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Gelaran keturunan Bangsawan Jawa

  • Raden Mas: Gelaran lelaki keturunan kedua hingga ketujuh anak lelaki Raja Jawa dan anak lelaki Raden Mas sampai tujuh keturunan.
  • Raden Ajeng: Gelaran perempuan keturunan kedua hingga ketujuh anak perempuan Raja Jawa dan anak perempuan Raden Mas sampai tujuh keturunan yang belum berkahwin.
  • Raden Ayu: Gelaran perempuan keturunan kedua hingga ketujuh anak perempuan Raja Jawa dan anak perempuan Raden Mas sampai tujuh keturunan yang sudah berkahwin.
  • Raden Bagus: Gelaran lelaki yang masih keturunan Bangsawan Jawa yang belum berkahwin.
  • Raden: Gelaran lelaki yang masih keturunan Bangsawan Jawa yang sudah berkahwin, dan Gelaran ini digunakan untuk lelaki dan perempuan yang masih keturunan bangsawan Jawa yang sudah berkahwin dan belum berkahwin di luar tanah Jawa contoh di Malaysia, Brunei, Selatan Thailand.
  • Raden Roro / Raden Rara: Gelaran perempuan yang masih keturunan Bangsawan Jawa yang belum berkahwin.
  • Raden Nganten: Gelaran perempuan yang masih keturunan Bangsawan Jawa yang sudah berkahwin.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Arti Raden". 10 March 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-10. Dicapai pada 2020-07-31.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.