Sekolah Kebangsaan Kuala Kahaba
Sekolah Kebangsaan Kuala Kahaba | |
---|---|
Lokasi | |
Kampung Kuala Kahaba, Jalan Keningau Ansip, 89008, Keningau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | TIADA |
Kod sekolah | XBA1037 |
Faks | TIADA |
Sekolah Kebangsaan Kuala Kahaba atau nama ringkasnya SK Kuala Kahaba, merupakan sebuah sekolah yang terletak di KM48, Jalan Ansip-Dalit. Sekolah ini adalah antara 8 sekolah yang terdapat di Zon Dalit. Sekolah-sekolah yang berhampiran dengan sekolah ini adalah Sekolah Kebangsaan Dalit dan Sekolah Kebangsaan Kalampun.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kuala Kahaba memiliki 42 pelajar lelaki dan 56 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 98 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009
Pada tahun 2021, bilangan murid sekolah ini adalah seramai 67 Orang dengan 11 orang guru dan 3 orang KTBM.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sekolah ini telah dibina pada sekitar 1960an dan mula-mula beroperasi sebagai NVS (Native Voluntary School). Ianya bagi menampung keperluan pendidikan komuniti perkampungan ini memandangkan kesukaran untuk menghadiri sekolah aliran sama di NVS Dalit.
Pada 2008 sekolah ini mendapat kelulusan bagi pembinaan sistem solar hibrid Fasa 1 daripada kerajaan pusat dengan pembiayaan sebanyak RM228,507.00.[1]
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
- 2011 mendapat perak dalam kategori tempur perempuan sekolah rendah di peringkat kebangsaan dalam pertandingan silat sekolah sekolah Malaysia
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Kebangsaan Kuala Kahaba
- Kampung Kuala Kahaba, Jalan Keningau Ansip
- 89008, Keningau
- Sabah, Malaysia
- Telefon = TIADA
- Fax = TIADA