Sekolah Kebangsaan Nanga Merurun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Nanga Merurun
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Julau, 96600, Julau,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBB6208
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Nanga Merurun atau nama ringkasnya SK Nanga Merurun, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Julau.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Nanga Merurun memiliki 43 pelajar lelaki dan 45 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 88 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2009

==Sejarah ==SK Nanga Merurun Julau merupakan sebuah sekolah pedalaman di kawasan perkampungan orang Iban di Julau , Sarawak. Pada mulanya sekolah dinamakan “Sg Merurun School”. Kemudian sekolah ini ditukarkan nama kepada SK. Skalong , Dan ditukar sekali kepada SK. Nanga Merurun. Pada asalnya lokasi cadangan SK. Nanga Merurun bukanlah di tempat ianya terbina sekarang, tapi di Nanga bermaksud simpang/persimpangan sungai. Pertemuan antara sungai Merurun dan sungai Kanowit , iaitu kira-kira 7 km di hilir sungai. Iaitu di perkampungan rumah Panjang Aing. Cadangan ditolak kerana dikhuatiri anak-anak sekolah akan mengganggu dan merosakkan perahu-perahu yang ditambat di tepi sungai. Namun atas sumbangan Encik Christoper Mantuk iaitu salah seorang penduduk Rh. Beduie telah memberikan tapak tanah . Luas kawasan sekolah SK. Nanga Merurun ialah 2.99 ekar dan berbukit. Pada peringkat awalnya jalan pengangkutan utama ke SK. Nanga Merurun ialah melalui jalan air (kira-kira 3 jam, dari Nanga Merurun, iaitu mengharungi sungai Merurun, yang kadang-kalanya terpaksa “berbatak” (iaitu keluar daripada perahu dan menarik perahu di batu karangan). Namun kini, perjalanan ke sekolah amat mudah dan baik sekali (bertar). Walaubagaimanapun, kita terpaksa melalui keadaan perjalanan berbukit bukau yang agak berbahaya kerana melalui lereng-lereng bukit , di mana ada bukit yang setinggi 220 meter dari aras laut dan mengambil masa lebih daripada 1 jam 45 minit dari Bandar Sarikei.

Pada awal pengoperasiannya, SK. Nanga Merurun mempunyai 3 kelas sahaja, (pengambilan selang tahun) bagi menempatkan para murid dari 9 buah rumah panjang , Rh. Mengga, Rh. Unsan, Rh. Sumang, Rh. Angget, Rh. Atau, Rh. Guntol, Rh. Nalong, Rh. Kendawang dan Rh. Sumbang. Ianya mula beroperasi pada Tahun 1969 (Jika mengikut rekod Pendaftaran pelajar yang tercatat di dalam ’ Admission Book: Sg. Merurun Primary ’ ). Namun agak malangnya Tidak terdapat Rekod Senarai Nama Guru Besar yang Ditemui sehingga Tahun 1977. Rekod senarai Guru Besar yang pernah bertugas di sini bermula dari Tahun 1978. Dan Sekolah ini telah dirasmikan oleh YB Dato Ambrose Gramong Anak Juna pada Tahun 1982. SK.Nanga Merurun adalah sebuah sekolah kategori Pedalaman 2 atau P2, sehingga 31 Disember 2014. Memang bersesuaian dengan tahap kesukarannya pada masa berkenaan. Kesukaran tempat tinggal (rumah guru dan AKP /kuartes guru) yang telah usang serta terpaksa berkongsi rumah bagi warga kakitangan yang telah berkeluarga, menggunakan enjin generator sebagai sumber elektrik ( kini genset ) dan tiada bekalan air bersih Cuma mengharapkan takungan air hujan dan air sungai sebagai bekalan air untuk semua pelajar-pelajar asrama dan kakitangan sekolah. Namun pada 01 Januari 2015, SK. Nanga Merurun telah dikategorikan sebagai Sekolah Luar Bandar, kerana berada 23km daripada Bandar Julau, yang mempunyai semua kemudahan logistik dan insfrastruktur.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Nanga Merurun
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Julau
96600, Julau
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]