Sekolah Kebangsaan Sungai Tunoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sungai Tunoh
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Kapit, 96800, Kapit,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0086483008
Kod sekolahYBA7108
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Sungai Tunoh atau nama ringkasnya SK Sg Tunoh adalah sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pendidikan Daerah Kapit. Merupakan sebuah sekolah pedalaman 3 yang terletak 117.26/119 km daripada pekan Kapit yang mengambil masa 3 jam menaiki kereta pacuan empat roda untuk sampai ke sekolah.

Pada tahun 2024, jumlah pelajar ialah 45 orang yang terdiri daripada 27 pelajar lelaki dan 18 pelajar perempuan. Jumlah guru pula seramai 16 orang

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Tunoh memiliki 59 pelajar lelaki dan 73 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 132 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Tunoh, Kapit Sarawak atau dikenali sebagai STUNOS terletak di daerah kecil Bukit Mabong dalam bahagian Kapit. Sekolah Kebangsaan Sungai Tunoh dirasmikan pada tahun 1986 oleh Dato Sri Dr. James Jemut Masing.

Merupakan salah sebuah sekolah pedalaman paling jauh dari pekan Kapit (119km) dan merupakan sekolah di kawasan pedalaman 3 (P3). Perlu menaiki bot ekspres selama 3 jam dari pekan Kapit ke kem Sempili dan kemudian melalui jalan kem balak dengan menggunakan pacuan empat roda selama 1 jam untuk sampai ke sekolah ini.

Sekitar tahun 2010, selepas jalan kem balak dapat dihubungkan ke kem Ng Mujong, penggunaan bot ekspres tidak digunakan lagi. Namun begitu, perjalanan melalui jalan balak mengambil masa selama 3 jam dan perlu menyeberang sungai Balleh dengan menggunakan perahu. Kemudian perlu menaiki van untuk ke pekan Kapit yang mengambil masa 40 minit.

Sebaik sahaja jambatan Ng Mujong dan Sungai Balleh siap pada tahun 2021, perahu tidak digunakan lagi untuk menyeberang sungai Balleh, dimana kenderaan pacuan empat roda dapat dihubungkan terus dari sekolah ke pekan Kapit melalui jalan balak dan jalan raya yang mengambil masa antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada kondisi jalan seperti hari ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Tunoh,
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Kapit,
Tingkat 1 & 2, Wisma Persekutuan
96800, Kapit
Sarawak, Malaysia
Telefon = 0086483008
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]