Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning | |
---|---|
Lokasi | |
Lot. 4, Jln Anggerik Doritis 31/143, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lama | SMK Bukit Kemuning |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Maju Bersama Gemilang Terbilang Semua Bidang |
Ditubuhkan | 2002 |
Autoriti pendidikan | Petaling |
Nombor sekolah | 03-51219140 |
Kod sekolah | BEA0108[1] |
Pengetua | Tn. Mohd Fauzi bin Zailan |
Jantina | Lelaki dan Perempuan |
Kelas | 18 (Aranda - Westara) |
Bahasa | Bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Cina |
Lagu | Sekolah yang Tercinta! |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Raja Mohan A/L Semban |
Faks | 03-51219148 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning atau nama ringkasnya SMK Kota Kemuning, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Lot. 4, Jln Anggerik Doritis 31/143, Kota Kemuning, Shah Alam.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning memiliki 1109 pelajar lelaki dan 1043 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2152 orang. Ia mempunyai seramai 103 orang guru.2009
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning (sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kemuning) memulakan sesi persekolahan pada 7 Januari 2002. Nama sekolah mengikut kedudukan geografinya, Kota Kemuning. Pembinaan sekolah ini diuruskan oleh syarikat pembangunan hartanah HICOM-Gamuda Development Sdn. Bhd. (Usaha sama antara DRB-HICOM dan Gamuda Land) dan pada 15 November 2001, pemilikan sekolah itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Daerah Klang, Jabatan Pelajaran Selangor yang berada di bawah pentadbiran Kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan sebagai perasmian sebagai sebuah sekolah. Kini, sekolah ini berkhidmat pada sesi pagi dan sesi petang. Sekolah ini sehingga kini masih di bawah Jabatan Pelajaran Daerah Klang walaupun mengikut kedudukan geografi, ia terletak di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam. Rancangan asal infrastruktur ini adalah untuk menampung 1500 pelajar di dalam 44 bilik darjah.
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Sekolah Wawasan 2012
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning
- Lot. 4, Jln Anggerik Doritis 31/143, Kota Kemuning
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 351219140
- Fax = 351219148