Sultan Selangor
Sultan Dan Yang di-Pertuan Bagi Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya | |
---|---|
Wilayah/Negeri | |
Penjawat kini | |
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj sejak 22 November 2001 | |
kemahkotaan 8 Mac 2003 | |
Butiran | |
Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
Pewaris takhta | Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Raja Muda Selangor Pewaris Takhta Pertama Kesultanan Selangor Darul Ehsan |
Raja pertama | Sultan Salahuddin Shah ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak
Wangsa Diraja Bugis Luwu Opu Daeng Chelak |
Pembentukan | 1743 |
Persemayaman | Istana Alam Shah, Klang |
Laman sesawang | www |
Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Yang di-Pertuan Bagi Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya merupakan gelaran raja berperlembagaan di Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sultan Selangor merupakan ketua agama Islam di negeri baginda. Baginda juga merupakan Kapten Yang di-Pertuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Bangsawan Diraja Bugis Luwu Di Sulawesi Selatan[sunting | sunting sumber]
Sultan Selangor yang pertama (Raja Lumu) adalah dari keturunan Melayu Bugis, yang mengaku keturunan dari penguasa Luwu di bahagian selatan Sulawesi. Bangsawan dari keturunan ini terlibat dalam perselisihan Kesultanan Johor-Riau pada awal abad ke-18, akhirnya meletakkan sokongan penuh mereka kepada Sultan Abdul Jalil dari wangsa Bendahara terhadap penuntut yang mengaku waris dari keturunan Malaka-Johor, iaitu Raja Kecil. Untuk alasan ini, para penguasa Bendahara Johor-Riau menjalin hubungan erat dengan para bangsawan Bugis, memberikan mereka gelaran dan kawalan ke atas banyak daerah di dalam kerajaan, termasuk Selangor. Putera Daeng Chelak, Raja Lumu tiba di Selangor dan menubuhkan kerajaan baru di Kuala Selangor di tahun 1766. Ia dinobatkan oleh Sultan Perak sebagai Sultan Salehuddin Shah, dan menjadi Sultan pertama dari Selangor.
Senarai Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor[sunting | sunting sumber]
Berikut merupakan senarai sultan Selangor dari permulaan Kesultanan Selangor sehingga kini :
Bilangan | Yang di-Pertuan Besar Selangor | Pemerintahan |
---|---|---|
1 | Yamtuan Besar Selangor I Raja Lumu ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak | 1743 - 1766 |
Bilangan | Sultan Selangor | Pemerintahan |
---|---|---|
1 | Sultan Salahuddin Shah ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak
Dikenali sebagai Yamtuan Besar Selangor I Raja Lumu |
1766 - 1782 |
2 | Sultan Ibrahim Shah ibni Almarhum Sultan Salehuddin Shah | 1782 - 1826 |
3 | Sultan Muhammad Shah ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah | 1826 - 1857 |
4 | Sultan Sir Abdul Samad Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Selangor Raja Abdullah | 1857 - 1898 |
5 | Sultan Sri Alauddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Selangor Raja Haji Musa | 1898 - 1938 |
6 | Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Sir Alauddin Suleiman Shah | 1938 - 1942 (kemahkotaan pertama) 1945 - 1960 (kemahkotaan kedua) |
7 | Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah ibni Almarhum Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah | 1942 - 1945 |
8 | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj | 1960 - 2001 |
9 | Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj | 2001 - kini |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Dewan Diraja Selangor
- Sejarah Selangor
- Andi'/Daeng'- Gelar Bangsawan Diraja Bugis, di Malaysia dan Sulawesi Selatan Indonesia
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- J.M Gullick (2004). A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9679948102.
- Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
- Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.
Nota kaki[sunting | sunting sumber]
- ^ http://www.worldstatesmen.org/Malay_states.htm#Johor
- ^ JM Gullick, 2004, ms 225