Pergi ke kandungan

Shaadi Mein Zaroor Aana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Shaadi Mein Zaroor Aana adalah filem drama romantis India yang diarahkan oleh Ratnaa Sinha.[1] Filem ini dibintangi oleh pelakon Rajkumar Rao, dan Kriti Kharbanda dalam watak utama.[2][3] Filem ini diterbitkan oleh Vinod Bachchan dan dipersembahkan oleh Deepak Mukut dan Soham Rockstar Entertainment.[4] Filem ini disiarkan pada 10 November 2017.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Satyendra "Sattu" Mishra (Rajkummar Rao) dan Aarti Shukla (Kriti Kharbanda) berjumpa demi sebuah cadangan perkahwinan yang diatur dan jatuh cinta dalam proses tersebut. Sattu adalah seorang kerani, dan Aarti ingin menjadi seorang pegawai PCS dan ingin bekerja selepas berkahwin. Setelah dapat menerima hasrat Aarti, Sattu jatuh cinta dengan Aarti. Mereka berkongsi suatu ikatan yang indah setelah jatuh cinta dengan satu sama lain. Pada hari perkahwinan, kakak Aarti, Abha mendapat tahu yang ibu Sattu benar-benar membantah Aarti bekerja selepas berkahwin, dan tidak menyedari bahawa Sattu telah menerima hakikat tersebut. Pada malam perkahwinan mereka, keputusan peperiksaan PCS telah keluar dan Aarti telah lulus dengan jayanya. Abha menasihati Aarti yang dia harus melarikan diri dari perkawinan itu dan berusaha mencapai kecemerlangan profesional, jika tidak, ibubapa mertuanya akan menghancurkan hidup Aarti sepertimana ibubapa mertua Abha menghancurkan hidup Abha. Aarti, dalam dilema besar, memilih kerjayanya daripada cinta dan melarikan diri. Sattu terlalu kecewa dan patah hati dan keluarganya juga malu besar. Dia kemudian memutuskan untuk mengambil IAS dan cemerlang dalam hidup dan kerjayanya.

5 tahun kemudian, kedua-dua mereka bertemu kembali ketika Satyendra, sekarang seorang pegawai IAS, ditugaskan ke kes pegawai PCS teraniaya, Aarti. Satyendra cuba untuk membalas dendam terhadap Aarti dengan memalukannya ketika siasatan kes. Dia menguji kesucian/perwatakan Aarti banyak kali. Pada satu tahap dia telah menahan Aarti dan memasukkannya ke dalam penjara. (Ia kemudian didedahkan bahawa penjenayah-penjenayah yang sebenar telah merancang untuk membunuhnya dan Satyendra telah memasukkannya ke dalam penjara untuk menyelamatkan nyawanya.) Akhirnya, Satyendra membuktikan bahawa Aarti tidak bersalah dan penjenayah-penjenayah sebenar telah ditangkap. Aarti dan keluarganya gembira dan mengakui bahawa Satyendra telah melakukan sesuatu yang mulia. Aarti yang sekarang telah mabuk cinta untuk Sattu sekali lagi cuba untuk meyakinkan Sattu untuk mengahwininya, tetapi Satyendra yang telah mengalami kekecewaan teruk tidak mahu mengahwini sesiapapun dalam hidupnya. Selepas beberapa bulan, Aarti telah diatur untuk berkahwin dengan seorang jejaka lain, Sharad. Pada hari pernikahannya, Satyendra akhirnya menyedari perasaannya untuk Aarti dan bercadang untuk mengahwininya. Bagaimanapun, Aarti menolak, mengatakan bahawa dia tidak ingin menyakiti perasaan sesiapa pun lagi. Selepas beberapa kejutan dramatik, ia didedahkan bahawa Sharad sebenarnya adalah abang ipar Aarti, bukan tunangnya; keseluruhan drama ini telah dirancang oleh kedua-dua keluarga mereka untuk membuat Sattu bersetuju untuk berkahwin. Akhirnya Sattu dan Aarti bernikah.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Watch Shaadi Mein Zaroor Aana trailer: Rajkummar Rao is out to exact revenge on runaway bride Kriti Khrabanda".
  2. ^ "Shaadi Mein Zaroor Aana trailer: Rajkummar Rao wants revenge after failing in love".
  3. ^ "Shaadi Mein Zaroor Aana song Main Hoon Saath Tere: Rajkummar Rao pulls off a Shah Rukh Khan in this romantic number".
  4. ^ "'Shaadi Mein Zaroor Aana' is a love story that goes awry on the wedding night - Times of India". The Times of India. Dicapai pada 2017-10-26.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]