Pergi ke kandungan

Spaniel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kokerspaniel Inggeris ialah spaniel kecil
Seekor springerspaniel Wales di pantai

Spaniel[a] ialah sejenis gundog. Spaniel dibiakbakakan secara khusus untuk menggarah buruan dari belukar lebih tebal. Menjelang lewat abad ke-17, spaniel telah dikhususkan menjadi baka air dan baka darat. Spaniel air Inggeris yang pupus digunakan untuk mengutip unggas air yang ditembak jatuh dengan anak panah. Spaniel darat ialah setting spaniel—yang merangkak ke hadapan dan menuding buruannya, lalu membolehkan pemburu menjerat buruan dengan jaring, dan springing spaniel—yang memeranjatkan pheasant dan partridge untuk perburuan dengan falkon, arnab, dan mamalia lebih kecil seperti tikus dan mencit untuk perburuan dengan grehaun. Semasa abad ke-17, peranan spaniel berubah secara dramatik apabila orang Inggeris mula berburu dengan senapang batu untuk penembakan sayap. Charles Goodall dan Julia Gasow (1984)[1] menulis bahawa spaniel "diubah daripada pemukul liar tidak terlatih kepada gundog cemerlang."

Perkataan "spaniel" kelihatan diterbitkan daripada espaigneul bahasa Perancis zaman pertengahan ("Sepanyol") kepada espagnol bahasa Perancis moden.

Takrif dan perihal[sunting | sunting sumber]

Lukisan tengkorak tipikal spaniel

Oxford English Dictionary mentakrifkan spaniel sebagai "baka anjing dengan lapis bulu sutera panjang dan telinga labuh".[2]

Tidak banyak yang telah berubah tentang spaniel pada umumnya selama bertahun-tahun, seperti yang dapat terlihat dalam entri tahun 1921 ini dalam Collier's New Encyclopedia:

Ciri-ciri pembezanya merupakan muncung agak lebar, telinga sangat panjang dan penuh, bulu yang banyak dan beralun-alun dengan indah, khususnya yang pada telinga, ekor, dan bahagian belakang paha dan tungkai. Warna lazim ialah hati dan putih, kadang-kadang merah dan putih atau hitam dan putih, dan kadang-kadang perang pekat, atau hitam pada muka dan dada, dengan tompok sawo matang di sebelah luar setiap mata. Spaniel Inggeris ialah baka unggul dan sangat tulen. King Charles [spaniel] ialah keragaman kecil bagi spaniel yang digunakan sebagai anjing riba. Spaniel air, besar dan kecil, berbeza daripada spaniel biasa hanya dari segi kekasaran lapis bulunya dan dalam menyatukan kecenderungan akuatik anjing Newfoundland dengan kualiti perburuan elok bagi baka sendiri. Spaniel mempunyai sebahagian besar kecerdasan, kasih sayang, dan kepatuhan, yang merupakan kualiti, yang sekali dengan banyak keindahan, menjadikannya sangat dihargai sebagai teman.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

King Charles spaniel, difotografkan pada 1915, salah satu baka lebih kecil, terutamanya merupakan anjing riba.

Asal usul perkataan spaniel diterangkan oleh Oxford English Dictionary berasal daripada perkataan bahasa Perancis Kuno espaigneul yang memaksudkan "[anjing] Sepanyol"; ini pula berasal daripada Hispaniolus bahasa Latin yang memaksudkan "Sepanyol" (kata sifat).[2]

Dalam The Master of Game karya Edward, Duke York ke-2, yang kebanyakannya merupakan terjemahan abad ke-15 bagi karya terdahulu oleh Gaston III dari Foix-Béarn yang berjudul Livre de chasse, spaniel diterangkan berasal dari Sepanyol sebagaimana semua grehaun berasal dari England atau Scotland.[3] Pakar perubatan Inggeris abad keenam belas John Caius menulis bahawa spaniel pada masa itu kebanyakannya berwarna putih, bertanda dengan tompok-tompok yang lazimnya berwarna merah. Beliau menerangkan keragaman baharu yang muncul dari Perancis, yang berbintik-bintik merata-mata dengan warna putih dan hitam, "yang warna-warna bercampurnya cenderung ke arah biru marmar".[4]

Teori asal usul Celt[sunting | sunting sumber]

Dalam lampiran yang ditambahkan kepada cetakan semula tahun 1909 bagi karya Caius, para penyunting mencadangkan bahawa jenis anjing itu mungkin telah dibawa masuk ke Kepulauan British seawal tahun 900 SM oleh cabang orang Celt yang berpindah dari Sepanyol ke Cornwall dan selanjutnya ke Wales, ke England, dan ke Ireland.[3] Teori tentang asal usul springerspaniel Wales menyokong teori ini, kerana baka itu khususnya dipercayai sebagai keturunan langsung kepada "anjing pemburu Agassian" yang diterangkan dalam puisi perburuan Cynegetica yang diatributkan kepada Oppianos dari Apamea, yang dimiliki oleh suku Celtic dari Britain Rom:[5]

Terdapat baka anjing pemburu kuat, bersaiz kecil tetapi tidak kurang layak mendapat pujian hebat. Ini ialah puak liar Briton dengan belakang bertatu mereka dan dipanggil dengan nama Agassian. Saiz mereka seperti saiz anjing meja domestik yang tidak bernilai dan tamak; mencangkung, kurus kering, berjumbai, mata kusam, tetapi dikurniai kaki yang bersenjatakan cakar kuat dan mulut tajam dengan gigi pencabik rapat berbisa. Walau bagaimanapun, berdasarkan hidungnya, orang Agassian ialah yang paling dimuliakan, dan untuk penjejakan ia merupakan yang terbaik yang ada; kerana ia sangat mahir menemukan jejak benda-benda yang berjalan di atas tanah, dan juga mahir menandakan bau bawaan udara.[6]

Teori asal usul Rom[sunting | sunting sumber]

Satu lagi teori asal usul spaniel ialah bahawa orang Rom kuno mengimport spaniel ke Britannia melalui laluan perdagangan ke Timur Jauh. Kolonel David Hancock[7][halaman diperlukan] menambahkan kepercayaan bahawa jenis spaniel sukan berasal dari China daripada leluhur anjing bermuka pendek seperti anjing Peking, pug, dan shih tzu. Teorinya berbunyi bahawa leluhur ini diperkenalkan ke Eropah Selatan dan ber-evolusi menjadi spaniel sukan kecil bagi zaman sekitar tahun 1300–1600 M. Isu tentang cara perubahan anjing bermulut pendek menjadi anjing bermulut lebih panjang ditangani dengan peralihan tumpuan kepada evolusi King Charles spaniel menjadi cavalier King Charles spaniel dalam masa kurang daripada satu abad.[8][sumber terbitan sendiri?]

Perburuan[sunting | sunting sumber]

Lukisan abad ke-16 tentang pasukan perburuan berhelang dengan spaniel

Dalam membantu pemburu, sebaik-baiknya spaniel bekerja dalam jarak senapang, mantap terhadap tembakan, dan dapat menandakan kejatuhan dan mengutip buruan yang ditembak kepada tangan dengan mulut lembut. Hidung bagus sangat dihargai, seperti untuk kebanyakan baka gundog. Ia merupakan pemburu serba guna yang digunakan secara tradisional untuk burung buruan tanah tinggi, tetapi sama mahir dalam pemburuan arnab, unggas air, tikus, dan mencit. Sama ada memburu di padang terbuka, di hutan kayu, di tanah ladang—di dalam semak berduri, di sepanjang padang pagar, atau di tanah rawa, spaniel mampu menyelesaikan tugas itu.[9]

Berdasarkan fungsi dan gaya perburuan, Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) membezakan antara spaniel benua dengan spaniel Inggeris-Amerika. FCI menempatkan anjing benua daripada jenis spaniel dalam kumpulan penuding (Kumpulan 7, seksyen 1.2) kerana berfungsi lebih seperti seter yang "membeku" dan menuding ke arah buruan. Baka dalam kumpulan ini termasuk spaniel biru Picardie, spaniel Perancis, spaniel Bretagne, spaniel Pont-Audemer, dan anjing penuding kecil Münster. FCI mengelaskan kebanyakan anjing lain daripada jenis spaniel sebagai anjing penggarah atau anjing air (Kumpulan 8, seskyen 2 dan 3).[10]

Baka[sunting | sunting sumber]

Semasa[sunting | sunting sumber]

Jenis spaniel Nama alternatif Asal Tinggi minimum Tinggi maksimum Berat minimum Berat maksimum Imej
Cavalier King Charles spaniel Cavalier spaniel United Kingdom 12 in (30 cm) 13 in (33 cm) 13 lb (5.9 kg) 18 lb (8.2 kg)[11]
Drentsche patrijshond Belanda 21.5 in (55 cm) 25.5 in (65 cm) 55 lb (25 kg) 77 lb (35 kg)[12]
King Charles spaniel Spaniel mainan Inggeris
(di Amerika Syarikat)
England 9 in (23 cm) 10 in (25 cm) 6 lb (2.7 kg) 12 lb (5.4 kg)[13]
Kokerspaniel Amerika Kokerspaniel
(di Amerika Syarikat)
Amerika Syarikat 13 in (33 cm) 15 in (38 cm) 24 lb (11 kg) 29 lb (13 kg)[14]
Kokerspaniel Inggeris Kokerspaniel
(di United Kingdom)
England 15 in (38 cm) 17 in (43 cm) 26 lb (12 kg) 34 lb (15 kg)[15]
Kooikerhondje Belanda Kooikerhondje, spaniel Belanda Belanda 14 in (36 cm) 16 in (41 cm) 20 lb (9.1 kg) 24 lb (11 kg)[16]
Markiesje Anjing tulip Belanda Belanda 12.5 in (32 cm) 15.5 in (39 cm) 13 lb (5.9 kg) 18 lb (8.2 kg)
Papillon Spaniel kerdil benua
Spaniel mainan benua
Perancis 8 in (20 cm) 11 in (28 cm)[17] 5 lb (2.3 kg) 10 lb (4.5 kg)[18]
Phalène Spaniel kerdil benua
Spaniel mainan benua
Belgium 8 in (20 cm) 11 in (28 cm) 5 lb (2.3 kg) 10 lb (4.5 kg)[19]
Anjing penuding Friesland Stabyhoun Belanda 19.6 in (50 cm) 21 in (53 cm) 30 lb (14 kg) 50 lb (23 kg)[20]
Anjing puyuh Jerman Spaniel Jerman Jerman 16 in (41 cm) 20 in (51 cm) 44 lb (20 kg) 66 lb (30 kg)[21]
Spaniel air Amerika Amerika Syarikat 15 in (38 cm) 18 in (46 cm) 25 lb (11 kg) 45 lb (20 kg)[22]
Spaniel air Ireland Whiptail, spaniel Shannon, spaniel ekor tikus, dan bog dog Ireland 21 in (53 cm) 24 in (61 cm) 45 lb (20 kg) 65 lb (29 kg)[23]
Spaniel biru Picardie Perancis 22 in (56 cm) 24 in (61 cm)[24] 43 lb (20 kg) 45 lb (20 kg)[25]
Spaniel Boykin Amerika Syarikat 15 in (38 cm) 18 in (46 cm) 25 lb (11 kg) 45 lb (20 kg)[26]
Spaniel Clumber England 17 in (43 cm) 20 in (51 cm) 55 lb (25 kg) 85 lb (39 kg)}[27]
Spaniel padang England 17 in (43 cm) 18 in (46 cm) 35 lb (16 kg) 50 lb (23 kg)[28]
Spaniel pemburu Rusia Spaniel Rusia Rusia 15 in (38 cm) 17 in (43 cm) 28 lb (13 kg) 40 lb (18 kg)[29]
Spaniel Perancis Perancis 21 in (53 cm) 25 in (64 cm) 45 lb (20 kg) 60 lb (27 kg)
Spaniel Picardie Perancis 22 in (56 cm) 23.5 in (60 cm) 44 lb (20 kg) 55 lb (25 kg)[30]
Spaniel Pont-Audemer Perancis 20 in (51 cm) 23 in (58 cm)[31] 40 lb (18 kg) 53 lb (24 kg)[32]
Spaniel Sussex England 13 in (33 cm) 15 in (38 cm) 35 lb (16 kg) 44 lb (20 kg)[33]
Springerspaniel Inggeris England 19 in (48 cm) 20 in (51 cm) 40 lb (18 kg) 50 lb (23 kg)[34]
Springerspaniel Wales Wales 17 in (43 cm) 19 in (48 cm) 35 lb (16 kg) 55 lb (25 kg)[35]

Pupus[sunting | sunting sumber]

Jenis spaniel Asal Tempoh kepupusan Imej
Spaniel air Inggeris England 1930-an
Spaniel air Tweed England abad ke-19
Spaniel Alp Switzerland 1830-an
Spaniel Norfolk England 1902
Spaniel pemukat mainan United Kingdom 1920-an

Nama tidak padan[sunting | sunting sumber]

Baka-baka berikut bukanlah spaniel sebenar, tetapi dinamai sedemikian kerana keserupaan dengan spaniel.[perlu rujukan]

Jenis spaniel Nama alternatif Asal Tinggi minimum Tinggi maksimum Berat minimum Berat maksimum Imej
Chin Jepun Spaniel Jepun Jepun 9 in (23 cm) 10 in (25 cm) 4 lb (1.8 kg) 11 lb (5.0 kg)[36]
Anjing Peking Spaniel China[37] China 8 in (20 cm) 9 in (23 cm) 8 lb (3.6 kg) 14 lb (6.4 kg)[38]
Spaniel Bretagne Anjing Bretagne Bretagne, Perancis 17 in (43 cm) 20.5 in (52 cm) 30 lb (14 kg) 45 lb (20 kg)
Spaniel Tibet Tibet[39] 9 in (23 cm) 11 in (28 cm) 9 lb (4.1 kg) 15 lb (6.8 kg)[40]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: سڤانيئل‎‎

Kutipan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Goodall dan Gasow, The New Complete English Springer Spaniel (Inggeris), 1984.
  2. ^ a b "spaniel". Compact Oxford English Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2016. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  3. ^ a b Edward dari Norwich, Duke York ke-2 (1909). The Master of Game (dalam bahasa Inggeris). Ballantyne, Hanson & Co. m/s. 195.
  4. ^ Caius, John; Fleming, Abraham (1880). Of Englishe dogges, the diversities, the names, the natures and the properties. A short treatise written in Latine and newly drawne into Englishe (dalam bahasa Inggeris). Bradley. m/s. 15. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2016. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  5. ^ "Welsh Springer Spaniel Did You Know?" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2010. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  6. ^ Dikutip dalam: Ireland, Stanley (2008). "Chapter 15: Government, Commerce and Society". Roman Britain: A Sourcebook. Routledge Sourcebooks for the Ancient World (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). Taylor & Francis. m/s. 216, §507. ISBN 9780415471770. OCLC 223811588.
  7. ^ Hancock, The Heritage of the Dog (Inggeris), 1990.
  8. ^ Judah, J.C. (2007). An Ancient History of Dogs: Spaniels Through the Ages (dalam bahasa Inggeris). Lulu.com. m/s. 42.[sumber terbitan sendiri]
  9. ^ "Spaniel Journal". spanieljournal.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2014. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  10. ^ FCI – Breeds nomenclature (Inggeris) Diarkibkan 14 Mac 2008 di Wayback Machine; FCI – Breeds nomenclature (Inggeris) Diarkibkan 4 Mac 2008 di Wayback Machine
  11. ^ Coile, D. Caroline (2008). Cavalier King Charles Spaniels (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Barron's Educational Series. m/s. 11. ISBN 978-0-7641-3771-6.
  12. ^ Cunliffe, Juliette (1999). The Encyclopedia of Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). Parragon. m/s. 323. ISBN 0-7525-8018-3.
  13. ^ Palika (2007): hlm. 232
  14. ^ Fogle (2006): hlm. 152
  15. ^ Lambert, Cathy. Getting to Know English Cockers (dalam bahasa Inggeris). Animalinfo Publications. m/s. 20. ISBN 978-1-921537-15-8.
  16. ^ Larkin, Peter (2003). The Essential Dog Book (dalam bahasa Inggeris). Anness Publishing. m/s. 135. ISBN 978-0-681-86485-6.
  17. ^ Hungerland, Jacklyn E. (2003). Papillons (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. m/s. 11. ISBN 978-0-7641-2419-8.
  18. ^ Palika (2007): hlm. 311
  19. ^ "Breed Information: Phalene". Purina Care: Pet Health Library (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2011. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  20. ^ "Ameri-Can Stabyhoun Association". stabyhouns.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2013. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  21. ^ Fogle (2006): hlm. 344
  22. ^ Palika (2007): hlm. 131
  23. ^ Palika (2007): hlm. 269
  24. ^ "Blue Picardy Spaniel - Breed Description and Information". Canada's Guide to Dogs (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2010. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  25. ^ Fogle (2006): hlm. 230
  26. ^ Palika (2007): hlm. 172
  27. ^ Smith (2002): hlm. 128
  28. ^ Palika (2007): hlm. 237
  29. ^ Cunliffe, Juliette (1999). The Encyclopedia of Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). Parragon. m/s. 347. ISBN 0-7525-8018-3.
  30. ^ "Picardy Spaniel Information". Sarah's Dogs (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2018. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  31. ^ Cunliffe, Juliette (2005). The Encyclopedia of Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Whitecap Books. m/s. 310. ISBN 978-0-7641-5700-4.
  32. ^ Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1995). Atlas of Dog Breeds of the World (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-5). TFH Publications. m/s. 383. ISBN 978-0-7938-1284-4.
  33. ^ Spiotta-DiMare, Loren (1999). The Sporting Spaniel Handbook (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. m/s. 122. ISBN 978-0-7641-0884-6.
  34. ^ Smith (2002): hlm. 134
  35. ^ Smith (2002): hlm. 122
  36. ^ Fogle (2006): hlm. 67
  37. ^ Drury, W.D. (1903). "Chapter LVIII. Chinese Spaniels, Chinese Pugs or Pekinese Spaniels, Pekinese Pugs". British Dogs, Their Points, Selection, And Show Preparation (dalam bahasa Inggeris). Charles Scribner's Sons. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2010. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  38. ^ Palika (2007): hlm. 315
  39. ^ "FCI-Standard N° 231 TIBETAN SPANIEL" [Piawaian FCI No. 231 Spaniel Tibet] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). 24 Jun 2015. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  40. ^ Palika (2007): hlm. 375

Rujukan umum dan kutipan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]