Tamu Mingguan Kota Belud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tamu Kota Belud 2023
Map

Tamu Mingguan Kota Belud ialah sebuah pasar minggu di Sabah, Malaysia yang terletak di Kampung Siasai Jalan Tamu, Kota Belud. Ia merupakan tamu tertua di Sabah yang diasaskan oleh William Prettyman pada tahun 1878.[1] Tamu ini pada awalnya menjadi penggerak dalam penyatuan suku kaum yang terdapat di Daerah Kota Belud ini, termasuklah kaum Bajau Sama, Kadazandusun dan Iranun dalam menjual barangan jualan mereka kepada pembeli.[2] Pelbagai jenis barangan yang dijual termasuklah kraftangan, makanan tradisi, sayur-sayuran, peralatan dan sebagainya. Tamu ini beroperasi setiap hari Ahad bermula dari 6 pagi hingga 2 petang , yang pastinya masih menarik para pengunjung untuk berkunjung sehingga ke hari ini.

Tamu Besar[sunting | sunting sumber]

Kota Belud akan menjadi tuan rumah dan Tamu Besar merupakan sambutan tahunan yang akan dijalankan di tapak Tamu Mingguan ini, yang akan dilaksanakan pada hujung bulan Oktober. Sambutan ini akan melaksanakan pelbagai pertandingan termasuklah pertandingan Ratu Serimpak, acara mempergayakan busana etnik Bajau Sama bagi kaum wanita, dan Tanjak Pahlawan bagi peserta lelaki. Selain itu, pelbagai lagi acara yang dilaksanakan yang menjadi salah satu budaya buat acara Tamu Besar ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "145-yr-old Kota Belud Tamu Sabah's oldest". www.dailyexpress.com.my. 2023-08-13. Dicapai pada 2024-05-21.
  2. ^ Suzianah Jiffar (15 November 2015). "Uniknya Tamu Kota Belud, bukan sekadar pasar minggu". BH. Dicapai pada 21 Mei 2024.