Templat:PengenalanLamanUtama
Rencana pilihan
Cicakman 3 adalah filem Adiwira berbahasa Melayu 2015 dari Malaysia. Ia merupakan sekual untuk filem Cicak-Man dan Cicakman 2 - Planet Hitam. Filem ini diarahkan bersama-sama oleh Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar serta diterbitkan oleh KRU Studios. Watak utama filem ini dilakoni oleh Zizan Razak yang menggantikan Saiful Apek. Filem ini mengisahkan mengenai Man (Zizan Razak),seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda, (Lisa Surihani). Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak dimana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu. Dia menerima tanggungjawab tersebut selepas 7 tahun kehilangan Cicakman yang asal dan kehadiran superhero baru, Super Bro. Filem ini telah ditayangkan pada 12 Mac 2015.
Tiada rencana pilihan dicalonkan pada bulan Mei 2024. Jika anda mahu mencalonkan rencana untuk bulan ini dan bulan seterusnya. Sila mencalonkannya di Wikipedia:Calon rencana pilihan dan ikut langkah demi langkah yang sudah ditetapkan. Selamat menyumbang!
Gambar pilihan
Orang ramai berbaris di Champs-Élysées semasa Bahagian Perisai Ke-2 Perancis melancarkan perarakan dari Arc de Triomphe ke Place de la Concorde pada 26 Ogos 1944, berikutan pembebasan Paris. Diperintah oleh Jerman Nazi sejak menandatangani Gencatan Senjata Compiègne Ke-2 pada tahun 1940, Paris telah dibebaskan semasa perjuangan selama seminggu yang bertelagah dengan Pasukan Dalaman Perancis, Bahagian Perisai Ke-2 Perancis, dan Tentera Darat Tengah Amerika Syarikat menentang Jerman Bahagian Keselamatan Ke-325. Pertempuran berakhir dengan Jeneral Jerman Dietrich von Choltitz menyerah kalah kepada pasukan Perancis. Lebih daripada 1,700 tentera Perancis dan 3,200 tentera Jerman terbunuh dalam pertempuran itu. Gambar: Jack Downey
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Berita terkini
- 10 orang anggota tentera maut dalam perlanggaran udara melibatkan dua buah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut.
- Iran melancarkan serangan udara ke Israel sususlan serangan Israel terhadap konsulat Iran di Damsyik.
- Satu gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan bandar Hualien di Taiwan.
- Perdana Menteri Palestin yang baru dilantik Mohammad Mustafa mengumumkan senarai 22 menteri kabinet baharunya.
- Jambatan Francis Scott Key (gambar) di Baltimore, Amerika Syarikat runtuh selepas sebuah kapal kontena terlanggar salah satu tiang sokongannya.
Hari ini dalam sejarah
17 Mei: Hari Perlembagaan dan Hari Kanak-kanak di Norway; Hari Tentera Laut di Argentina
- 1792 – Bursa Saham New York diasaskan di Wall Street.
- 1865 – Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa diasaskan sebagai Kesatuan Telegraf Antarabangsa di Paris.
- 1902 – Mekanisme Antikythera (gambar), mekanisme bergear tertua yang diketahui, ditemui dalam nahas kapal berdekatan pulau Antikythera, Yunani.
- 1943 – Perang Dunia Kedua: Dam Busters Tentera Udara Diraja British berjaya menggunakan bom lantunan terhadap empangan Jerman.
- 2009 – Dalia Grybauskaitė terpilih sebagai Presiden wanita pertama Lithuania.
Tahukah anda...
- "... bahawa kegunaan adil ialah sebuah doktrin undang-undang hak cipta Amerika Syarikat yang membenarkan kegunaan bahan-bahan berhak cipta tanpa memerlukan kebenaran daripada pemilik hak cipta, umpamanya untuk kesarjanaan atau ulasan?" Wikipedia:Tahukah anda/47/1 Wikipedia:Tahukah anda/20/1
- ".. bahawa orang Belanda pada zaman dahulu sekitar sebelum abad ke-13, amat sensitif terhadap bencana banjir sehingga semua kanak-kanak perlu belajar berenang agar dapat menyelamatkan diri apabila berlakunya banjir sebelum Projek Delta disiapkan pada Ogos 2010?" Wikipedia:Tahukah anda/32/1
- ... bahawa mesin juruwang automatik (ATM) elektronik yang pertama di dunia dipasang di Enfield Town, London oleh syarikat Barclays? Wikipedia:Tahukah anda/65/3
- ... bahawa Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Metro Manila merupakan sistem kereta api alihan laju pertama di rantau Asia Tenggara? Wikipedia:Tahukah anda/100/3
- ... bahawa Bukubu Okawa sangat terkenal dengan doujin Touhou sebelum mencipta Pop Team Epic? Wikipedia:Tahukah anda/123/6