Tunku Jawahir
Rencana ini mungkin mengandungi penyelidikan asli. (April 2024) |
Tunku Dato' Seri Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja'afar (diputerakan pada 27 Januari 1952) merupakan puteri kedua dan anakanda keempat kepada pasangan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 Tuanku Ja'afar dan Tunku Ampuan Najihah.
Tunku Jawahir تونکو جاواهير | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tunku Puteri Negeri Sembilan Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Besar Pahang | |||||||||
Keputeraan | Nottingham, England | 27 Januari 1952||||||||
Pasangan | Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar (k. 1974) | ||||||||
Anakanda |
| ||||||||
| |||||||||
Dinasti | Pagar Ruyung | ||||||||
Ayahanda | Tuanku Ja'afar | ||||||||
Bonda | Tunku Ampuan Najihah | ||||||||
Agama | Sunni Islam |
Daripada keturunan leluhur Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang. |
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 |
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Tunku Jawahir diputerakan pada 27 Januari 1952 di Nottingham, England.
Kekanda dan adindanya yang lain ialah :
- Tunku Dara Negeri Sembilan, Tunku Naquiah (diputerakan pada 26 Disember 1944)
- Tunku Laksamana Negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin (diputerakan pada 8 Mac 1947)
- Tunku Muda Serting Negeri Sembilan, Tunku Imran (diputerakan pada 21 Mac 1949)
- Tunku Puan Panglima Raja Selangor, Tunku Irinah (diputerakan pada 27 Januari 1957)
- Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzaruddin (diputerakan pada 26 Oktober 1959)
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Tunku Puteri menerima banyak persekolahan di luar negara. Beliau mendapat pendidikan awal di Convent of Our Lady of Sion, London, United Kingdom kemudian di Port Said School di Cairo, Egypt dan meneruskan pembelajarannya di Battle Abbey School, Sussex, England.
Selepas menamatkan pengajiannya dalam O-Level di UK, beliau pulang ke Malaysia untuk meneruskan pengajiannya di Kolej Tunku Kurshiah. Kemudian, beliau menamatkan pengajiannya dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.[1]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Tunku Puteri memulakan kerjayanya dengan menyertai Sistem Malaysia Airlines (MAS) sebagai pelatih pengurusan di Ketua Pejabat MAS sehingga 1976. Selepas tamat tempoh jawatannya di MAS, beliau menceburi bidang perdagangan dan mewujudkan perniagaannya sendiri.
Perkahwinan dan anakanda[sunting | sunting sumber]
Pada 27 Ogos 1974, Tunku Puteri melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Azlan iaitu kerabat diraja Negeri Pahang dan juga ahli politik serta ahli parlimen. Hasil perkahwinan dengan Tengku Azlan, pasangan ini dikurniakan seorang puteri, 2 orang putera, seorang puteri dan seorang puteri angkat.
- Tengku Asra Jehan
- Tengku Aslahuddin Ja'afar
- Tengku A'zran Abdul Jawaad
- Marina Azlan (puteri angkat)
Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]
Gelaran hormat bagi Tunku Jawahir | |
Gaya panggilan | Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Amat Mulia |
Gaya pilihan | Tunku |
Gelaran penuh beliau ialah :
Yang Amat Mulia Tunku Dato' Seri Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja'afar, D.K.Y.R, S.P.T.J.
Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]
Beliau telah dianugerahkan [2]:
Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]
- Negeri Sembilan :
- Penerima Darjah Kerabat Yam Tuan Raden (D.K.Y.R.) (1981)
- Penerima Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar (S.P.T.J.) (1997) - Dato' Seri
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Board of Directors". Syarikat Pesaka Antah. 23 April 2024. Dicapai pada 23 April 2024.
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".
- Rencana BOH kekurangan sumber dari April 2024
- Rencana yang mungkin mengandungi penyelidikan asli dari April 2024
- Laman menggunakan Templat:Script dengan input tidak dikenali
- Kelahiran 1952
- Orang Hidup
- Orang Malaysia berketurunan Inggeris
- Orang Malaysia berketurunan Ireland
- Orang Malaysia berketurunan India
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Orang Malaysia berketurunan Minangkabau
- Muslim Malaysia
- Tunku Puteri Negeri Sembilan
- Penerima Darjah Kerabat Yam Tuan Raden
- Kerabat Tuanku Ja'afar