Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/5 Julai
5 Julai: Hari Kemerdekaan di Venezuela (1811), Algeria (1962) dan Tanjung Verde (1975); Hari Santo Cyril dan Methodius di Republik Czech dan Slovakia
- 1687 – Philosophiae Naturalis Principia Mathematica oleh Isaac Newton (gambar) diterbitkan.
- 1954 – BBC News menyiarkan siaran berita televisyen pertamanya, dari sebuah studio sewa di Alexandra Palace, London.
- 1977 – Jeneral Muhammad Zia-ul-Haq menggulingkan Perdana Menteri Pakistan Zulfikar Ali Bhutto dalam satu rampasan kuasa tentera.
- 2006 – Korea Utara menguji sekurang-kurangnya tujuh peluru berpandu balistik.
- 2009 – Satu rusuhan berlaku di Ürümqi, Xinjiang, China menyebabkan sekurang-kurangnya 190 orang terbunuh dan 1,700 lagi tercedera.
Hari-hari sebelum: 4 Julai – 3 Julai – 2 Julai