Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/9 Mac
9 Mac: Hari Baron Bliss di Belize
- 1776 – The Wealth of Nations oleh Adam Smith diterbitkan, menjadi karya moden pertama dalam bidang ekonomi.
- 1841 – Mahkamah Agung A.S. memutuskan bahawa orang-orang tawanan Afrika yang merampas kapal La Amistad telah dijadikan hamba secara haram.
- 1842 – Opera yang memantapkan reputasi penggubah romantis Giuseppe Verdi, Nabucco dipentaskan buat kali pertama di Teatro alla Scala, Milan.
- 1945 – Perang Dunia Kedua: Satu serangan bom ke atas Tokyo (gambar) memulakan ribut api yang membunuh lebih 100,000 orang.
- 1959 – Anak patung yang terlaris di dunia, Barbie muncul buat pertama kalinya di Pesta Mainan Antarabangsa Amerika di Bandar Raya New York.
Hari-hari sebelum: 8 Mac – 7 Mac – 6 Mac