Yaakob Che Man
Profesor Datuk Dr Yaakob Che Man adalah bekas Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM).Yaakob merupakan seorang Tokoh Maulidur Rasul 2010.
Yaakob Che Man | |
---|---|
Kelahiran | 1954 Kampung Pulau Musang, Kuala Terengganu, Terengganu |
Meninggal dunia | 15 Julai 2012 | (umur 57–58)
Sebab kematian | kanser pankreas |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab, Bangi, Selangor |
Pekerjaan | Bekas Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia |
Pasangan | Wan Jamilah Abdullah |
Anak-anak | 8 |
Beliau berasal dari Kampung Pulau Musang, Kuala Terengganu Terengganu. Isterinya Wan Jamilah Abdullah dan mereka mempunyai lapan anak serta seorang cucu.
Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]
Pada 15 Julai 2012, Yaakob Che Man meninggal dunia akibat kanser pankreas pada usia 58 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada kira-kira 3.45 petang. Sejak awal 2012 , beliau dimasukkan ke wad Onkologi HUKM bagi menerima rawatan. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab, Bangi, Selangor.[1]