Amanah Ikhtiar Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan amanah persendirian di Malaysia yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 pindaan 1981 (Akta 258). Penubuhan AIM dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan dibiayai oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik.

Objektif penubuhan AIM ialah untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran pembiayaan ikhtiar kepada penduduk miskin di luar bandar untuk membiayai kegiatan-kegiatan kecil-kecilan yang menambahkan pendapatan.

Sejarah perkembangan AIM berkait rapat dengan penubuhan Bank Grameen di Bangladesh. Kejayaan bank ini mendorong penubuhan Projek Ikhtiar oleh Prof. David Gibbons dan Prof. Madya Sukor Kasim dari USM pada 1986, yang akhirnya berkembang menjadi AIM.

Visi[sunting | sunting sumber]

Untuk menjadi institusi kewangan mikro yang diberkati, dinamik dan bertaraf dunia bagi membasmi kemiskinan serta meningkatkan kesejahteraan ummah.

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Menjadi sebuah institusi kewangan mikroyang kukuh, stabil, berdikari dan lestari.
  • Menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan mikro yang patuh syariah kepada isi rumah berpendapatan rendah.
  • Menyediakan infrastruktur teknologi dan sistem sokongan terkini bagi penyampaian produk dan perkhidmatan.
  • Memantapkan modal insan melalui penerapan budaya pembelajaran, keusahawan dan inovasi yang berterusan.
  • Menyokong budaya sukarelawan dan keprihatinan dalam komuniti.
  • Memperkasa sosio ekonomi komuniti AIM melalui ekosistem yang bersepadu sehingga mereka mampu mengeluarkan zakat, wakaf dan infaq.
  • Mengutamakan norma baru dalam pelaksanaan proses kerja dan penyampaian perkhidmatan.
  • Meneroka pasaran kewangan mikro Islam di peringkat rantau dan antarabangsa.

Wilayah dan Cawangan[sunting | sunting sumber]

  • Wilayah Kedah
  • Wilayah Pulau Pinang/Perlis
  • Wilayah Selangor/Kuala Lumpur
  • Wilayah Johor
  • Wilayah Pahang
  • Wilayah Terengganu
  • Wilayah Kelantan
  • Wilayah Sabah
  • Wilayah Sarawak
  • Wilayah Perak

Pusat Latihan[sunting | sunting sumber]

  • Pusat Latihan Taiping
  • Pusat Latihan Sabah
  • Pusat Latihan Sarawak

Pautan luar[sunting | sunting sumber]