Artakhsyacah I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Artakhsyacah I
𐎠𐎼𐎫𐎧𐏁𐏂
Ukiran Artahsasta I, dari makamnya di Naqsy-e Rustam
Raja Diraja Iran
Firaun Mesir
Pemerintahan465–424 SM
Didahului olehKhasyarasya
Diikuti olehKhasyarasya II
Sagdyanah
Daryus II
Kemangkatan424 SM, Susan
PemakamanNaqsy-e Rustam, Parsa
PasanganDamaspia
AnakandaKhasyarasya II
Sagdyanah
Daryus II
Arsyita
Parysatis
DinastiHakhamanis
AyahandaKhasyarasya I
BondaAmestris

Artakhsyacah I (Parsi Purba: 𐎠𐎼𐎫𐎧𐏁𐏂 Artaxšaça,[1][2] moden: اردشیرArdsyir; Ibrani: אַרְתַּחְשַׁסְתְּא, rumi: Artahsyasta; Yunani: Ἀρταξέρξης, rumi: Artaxérxēs; bahasa Inggeris: Artaxerxes I) adalah Raja dari wangsa Hakhamaniyah yang memerintah Iran pada tahun 465 SM diwarisi dari ayahandanya Khasyarasya sampai kemangkatan baginda pada 424 SM.[3] Penguasa ini dikisahkan dalam kitab Tanakh umat Yahudi dan Alkitab umat Kristian terutamanya dalam bahagian Ezra dan Nehemia di mana baginda diceritakan memerintahkan seorang kahin bernama Ezra menguruskan ehwal pentadbiran dan keagamaan orang Yahudi dalam surat terakam penuh dalam bahagian pertama ini.[4]

Sepeninggalnya, takhta diperebutkan oleh tiga orang puteranya: Khasyarasya II, Sagdyanah, dan Daryus II.

Keputeraan[sunting | sunting sumber]

Artahsasta adalah putera ketiga Raja Khasyarasya dan Permaisuri Amestris,Nama baginda bermaksud "pemerintah (𐎧𐏁𐏂𐎶 xšaça) bererti (𐎠𐎼𐎫 r̥taʰ)".[5][2]

Baginda menggantikan takhta kakandanya Daryus dalam masalah pewarisan selepas kematian ayahanda mereka: Ktesias dalam Persiká 20 menceritakan Daryus dihukum mati atas dakwaan Artabanus bahawa Daryus telah membunuh ayahanda mereka sedangkan ia dilakukan Artabanus sendiri,[6] sedangkan Aristoteles dalam Politiká 5.1311b menceritakan bahawa Artabanus terus membunuh Daryus.[7][8]

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Pemberontakan di Mesir[sunting | sunting sumber]

Artahsasta harus menghadapi pemberontakan di Mesir pada tahun 460–454 SM yang dipimpin oleh Inaros II, yang merupakan putra seorang pangeran Libya bernama Psamtik, yang diduga merupakan keturunan dari Dinasti ke-26 Mesir. Pada 460 SM, Inaros II memberontak melawan Persia dengan bantuan sekutu Athena-nya, dan mengalahkan tentara Persia yang dipimpin oleh satrap Haxamanis. Persia mundur ke Memphis, dan Athena akhirnya dikalahkan pada 454 SM oleh tentara Persia yang dipimpin oleh Bagabuxsya (Megabyzus), setelah pengepungan selama dua tahun. Inaros ditangkap dan dibawa ke Susan.

Hubungan dengan Yunani[sunting | sunting sumber]

Setelah Iran dikalahkan oleh Yunani dalam Pertempuran Eurymedon, terjadi gencatan senjata di antara kedua pihak. Ketika Artahsasta naik tahta, dia menggunakan taktik baru untuk melemahkan kekuasaan Atena dengan membiayai musuh-musuh mereka di Yunani. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan orang-orang Athena memindahkan harta Liga Delos dari pulau Delos ke ibu kota Athena. Akhirnya keadaan ini menyebabkan perang pada tahun 450 SM sewaktu orang-orang Yunani menyerang Siprus dalam Pertempuran Salamis. Akibat gagalnya serangan Kimon, maka disepakati Perjanjian Kallias yang merupakan perjanjian damai antara pihak Athena, Argo, dan Iran pada tahun 449 SM.

Artahsasta menawarkan suaka kepada Themistokles, yang mungkin merupakan musuh terbesar Xerxes atas kemenangannya dalam Pertempuran Salamis, setelah Themistokles dikucilkan dari Athena. Juga, Artahsasta memberinya Magnesia, Myos, dan Lampsakos untuk menyuplai roti, daging, dan anggur untuknya. Selain itu, Artahsasta memberinya Skepsis untuk menyuplai pakaian, dan dia juga memberinya Perkote untuk rumahnya.[9] Themistokles kemudian belajar dan mengadopsi adat dan bahasa Persia.[10][11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ghias Abadi, R. M. (2004). Achaemenid Inscriptions (کتیبه‌های هخامنشی) (dalam bahasa Persian) (ed. 2). Tehran: Shiraz Navid Publications. m/s. 129. ISBN 964-358-015-6.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b "Artaxerxes", Encyclopædia Iranica
  3. ^ Lihat Darius II.
  4. ^ Ezra 7:13-28
  5. ^ Bandingkan dengan kognat Sangskerit serumpun Indo-Iran ऋत ṛtá dan क्षत्र kṣatrá asas क्षत्रिय kṣatriya
  6. ^ Pirnia, Iran-e-Bastan buku 1, hlm. 873
  7. ^ Dandamayev
  8. ^ Olmstead, History of the Persian Empire, hlm. 289–290
  9. ^ Plutarkhos. "Themistocles, Part II". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-01.
  10. ^ Thucydides I, 137
  11. ^ Plutarkhos, Themistokles, 29

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Artakhsyacah I
Tarikh keputeraan:  ?? Tarikh kemangkatan: 424 SM
Didahului oleh
Khasyarasya I
Raja Diraja Persia
Firaun Mesir

465 SM – 424 SM
Diikuti oleh:
Khasyarasya II
Sagdyanah
Daryus II