Pergi ke kandungan

Farid M. Onn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dr. Haji Farid Bin Mohd Onn ialah ahli linguistik dan penulis dari Malaysia. Beliau merupakan Pensyarah dalam Bidang Linguistik di UKM. Beliau juga dikenali untuk menulis beberapa buku untuk Tatabahasa Dewan bersama Nik Safiah Karim, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Dia dilahirkan pada 7 May 1939 di bandar Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pintas Raya Batu Pahat, Sekolah Melayu Pintas Puding Batu Pahat, Sekolah Melayu Bandar Kluang dan Sekolah  Melayu Tanjung Semberung sekitar tahun 1940-an.[1]

Kemudian, dia melanjutkan pelajarannya ke Singapura, iaitu di Sekolah Melayu Geylang dan ke Tanjung Rhu English Primary School hingga tamat pada tahun 1954. Beliau memperoleh pendidikan menengah di Raffles Institution, Singapura hingga lulus Cambridge School Certificate pada tahun 1958 dan Higher School Certificate pada 1960.[1]

Dia menningal dunia pada 28 April 2023.[2] Jiwa beliau akan bertenteram.

Karya Terbitan[sunting | sunting sumber]

Ini adalah senarai buku yang pernah ditulis oleh Farid M. Onn [3][4][5][6] -

Nama Karya Tahun Penerbitan
Stilisfik: Simposium Keindahan Bahasa 1982
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Harga Ekonomi) 2008
Tatabahasa Dewan Buku 1 Bentuk Kata ?
Saya dan FONOLOGI Bahasa Melayu: Mendekati Tatabahasa Sejagat 2014
Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Buku 2 Golongan Kata 2014
Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Buku 3 Binaan Ayat 2014
Tatabahasa Dewan 2015/2016
Tatabahasa Dewan: JILID 2, MORFOLOGI GOLONGAN KATA 2016
Tatabahasa Bahasa Dewan: JILID 3 2016

Notis Penting[sunting | sunting sumber]

Tidak banyak maklumat dan sumber tentang beliau online. Dia seorang yang agak peribadi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Carian Umum". prpm.dbp.gov.my. Dicapai pada 2024-06-14.
  2. ^ "Image the Official Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia". https://pbs.twimg.com/media/. 28 April 2023. External link in |website= (bantuan)
  3. ^ "Books by Farid M. Onn (Author of Tatabahasa dewan)". www.goodreads.com. Dicapai pada 2024-06-14.
  4. ^ "Search Results for Farid M. Onn,". kllibrary.dbkl.gov.my. Dicapai pada 2024-06-14.
  5. ^ "Search For 'Farid M Onn'". https://lib.iab.edu.my/. External link in |website= (bantuan)
  6. ^ Farid Mohd. Onn (2014). Saya dan FONOLOGI Bahasa Melayu: Mendekati Tatabahasa Sejagat. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. ISBN 978-967-412-231-7.