Ice Age: Dawn of the Dinosaurs

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ice Age: Dawn of the Dinosaurs
Poster filem
PengarahCarlos Saldanha
Co-director:
Michael Thurmeier
PenulisMichael Berg
Peter Ackerman
Mike Reiss
Yoni Brenner
Dihasilkan olehLori Forte
John C. Donkin
DibintangiRay Romano
Queen Latifah
Denis Leary
John Leguizamo
Seann William Scott
Josh Peck
Simon Pegg
Muzik olehJohn Powell
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh20th Century Fox
Tarikh tayangan
1 Julai 2009 (2009-07-01)
Masa tayangan
94 minutes
NegaraUnited States
BahasaEnglish
Bajet$90 million
Pecah panggung$884,490,567

Ice Age: Dawn of the Dinosaurs atau biasanya disebut Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs yang direka oleh Blue Sky Studios dan diedarkan oleh 20th Century Fox pada tahun 2009. Filem ini diarahkani oleh Carlos Saldanha. Pelakon suaranya ialah Ray Romano, Queen Latifah, Seann William Scott, Josh Peck, Simon Pegg, dan Chris Wedge. Cerita ini mengisahkan Sid yang diambil oleh Tyrannosaurus rex betina selepas mencuri telurnya, protagonis yang lain cuba untuk menyelamatkan dia di dunia tropika yang dihuni oleh dinosaur di bawah ais. Walaupun menerima tinjauan yang pelbagai dari para pengkritik, Ice Age 3 Dawn of the Dinosaurs menjadi yang filem animasi ketiga yang tertinggi terlaris sepanjang masa dengan kutipan $884,000,000 di seluruh dunia diikuti filem Toy Story 3 dengan kutipan $1012,000,000 dan Shrek 2 dengan kutipan $919,000,000. Filem ini merupakan susulan dari filem Ice Age dan Ice Age: The Meltdown produksi tahun 2002 dan 2006.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Setelah peristiwa yang terjadi di Ice Age: The Meltdown, kehidupan Manny (Ray Romano) dan teman-temannya sudah berubah. Namun kehidupan Scrat (Chris Wedge) masih seperti dulu, ia tetap memburu buah oak yang disukai. Sewaktu berburu, ia bertemu dengan Scratte yang sama spesies dengannya. Akhirnya ia menemukan pasangan hidup yang sesuai untuk dicintai dan hidup bersama. Manny dan Ellie (Queen Latifah) telah dikurniakan seorang anak (Peaches), Manny sangat cemas sebelum kelahiran anaknya. Manakala, Diego (Denis Leary) menjalani kehidupannya bagaikan seekor kucing peliharaan yang menjadi haiwan peliharaan. Sid (John Leguizamo) mula berfikir untuk mencari pasangan hidup dan ingin berkeluarga. Pada suatu hari, Sid mencuri beberapa butir telur dinosaur, yang membawa mala petaka baginya. Ia terperangkap di sebuah dunia bawah tanah yang merupakan habitat dinasour. Semasa melarikan diri dari dikejar dinosaur, Sid bertemu dengan Buck si pemburu dinosaur. Templat:Endspoiler

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Versi bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

  • Ray Romano sebagai Manny
  • Queen Latifah sebagai Ellie
  • Denis Leary sebagai Diego
  • John Leguizamo sebagai Sid
  • Seann William Scott sebagai Crash
  • Josh Peck sebagai Eddie
  • Simon Pegg sebagai Buck
  • Chris Wedge sebagai Scrat
  • Karen Disher sebagai Scratte

Versi bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

  • Rosyam Nor sebagai Manny
  • Alyah sebagai Ellie
  • Nabil sebagai Sid
  • Sam sebagai Buck
  • Paan sebagai Scrat
  • Youk sebagai Scratte

Filem Susulan[sunting | sunting sumber]

Sebuah filem keempat diumumkan oleh Twentieth Century Fox pada tarikh 5 Mei 2010 dengan tajuk tentatif Ice Age: Continental Drift. Hal ini dijadualkan akan dilancarkan dalam format 3-D pada tarikh 13 Julai 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]