Pergi ke kandungan

Kijang (kawasan negeri)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
N.05 Kijang
Kawasan pilihan raya  Kelantan
Koordinat:6°11′42″N 102°16′10″E / 6.195128°N 102.269554°E / 6.195128; 102.269554Koordinat: 6°11′42″N 102°16′10″E / 6.195128°N 102.269554°E / 6.195128; 102.269554
Bahagian pilihan raya negeri
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Kelantan
ADUN
 
 
 
Izani Husin
PN
Kawasan pilihan raya diwujudkan1994
Kali pertama dipertandingkan1995
Kali terakhir dipertandingkan2023
Demografi
Populasi (2020)[1][2]34,503
Pemilih (2023)[3]30,405
Luas (km²)[4]24

Kijang merupakan sebuah bahagian pilihan raya negeri di Kelantan, Malaysia yang mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dengan kod N.05.[5] Kawasan pilihan raya ini mula dipertandingkan pada 1995 dan memberi mandat kepada seorang ahli Dewan Undangan Negeri di DUN Kelantan mengikut sistem undian terbanyak. Kijang merupakan satu daripada tiga kawasan pilihan raya negeri yang terletak di dalam kawasan parlimen Pengkalan Chepa (P.020).[2][4]

Kedudukan[sunting | sunting sumber]

DUN Kijang merupakan satu daripada 45 buah kerusi yang diwakilkan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Ia terletak di bahagian utara negeri Kelantan berhadapan dengan Laut China Selatan. Kawasan ini berjiran dengan Chempaka di bahagian timur, Tanjong Mas di bahagian selatan, Pasir Pekan di bahagian barat daya, dan Kelaboran di bahagian barat.[6] DUN Kijang secara pentadbirannya terletak dalam Jajahan Kota Bharu, dan mempunyai sebanyak sembilan buah daerah mengundi.[7] Ketinggian bentuk muka bumi maksimum di DUN Kijang ialah 20 meter (66 ka) dari paras laut.[1]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Pecahan etnik di DUN Kijang (2020)
Kaum-kaum Peratus
Bumiputera
  
97.7%
Cina
  
1.6%
India
  
0.6%
Lain-lain
  
0.0%

Berdasarkan data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, kawasan pilihan raya Kijang mempunyai jumlah penduduk seramai 34,503 orang. Daripada jumlah keseluruhan, ia mempunyai 50.1 peratus penduduk yang berjantina lelaki manakala 49.9 peratus penduduk pula merupakan berjantina perempuan. Majoriti penduduk di kawasan DUN Kijang merupakan kaum Bumiputera (seperti Melayu dan orang Asli), membentuk sebanyak 97.7 peratus penduduk. Diikuti dengan 1.6 peratus penduduk di kawasan DUN Kijang yang merupakan masyarakat Cina manakala masyarakat India pula membentuk 0.6 peratus. Kebanyakan penduduk di DUN Kijang merupakan warganegara Malaysia dengan jumlah sebanyak 96.7 peratus manakala selebihnya iaitu 3.3 peratus merupakan penduduk berwarganegara asing.[1][2] Keluasan kawasan negeri ini ialah 24 kilometer persegi (2,400 he) dengan mempunyai jumlah kepadatan penduduk seramai 1,438 orang perkilometer persegi.[1][2]

Daerah mengundi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan warta yang diperakui pada tahun 2016, kawasan pilihan raya Kijang merangkumi sembilan daerah mengundi iaitu Pulau Pisang, Pulau Kundor, Semut Api, Kedai Buloh, Kijang, Banggol, Tikat, Kampung Penambang dan Kampung China.[4][8]

Pusat mengundi[sunting | sunting sumber]

Daerah mengundi Nombor kod Pusat mengundi[8] Bilangan
pemilih (2016)[4]
Nama pusat mengundi Lokasi pusat mengundi
Pulau Pisang 020/05/01 Sekolah Kebangsaan Che Latiff Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu 3,092
Pulau Kundor 020/05/02 Sekolah Kebangsaan Pulau Kundor Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu 1,492
Semut Api 020/05/03 Sekolah Kebangsaan Semut Api Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu 2,883
Kedai Buloh 020/05/04 Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buloh Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu 3,445
Kijang 020/05/05 Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 1 Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu 2,053
Banggol 020/05/06 Sekolah Kebangsaan Abdul Hadi Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu 2,485
Tikat 020/05/07 Sekolah Kebangsaan Redang Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu 757
Kampung Penambang 020/05/08 Sekolah Menengah Kebangsaan Penambang Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu 2,294
Kampung China 020/05/09 Sekolah Kebangsaan Penambang Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu 1,493
Jumlah keseluruhan pemilih (orang) 19,994

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah perwakilan[sunting | sunting sumber]

ADUN Kijang
Penggal Tahun Ahli Parti
Kawasan diciptakan daripada Banggol
Ke-9 1995-1999 Abdul Halim Abdul Rahman PAS
Ke-10 1999-2004
Ke-11 2004-2008 Husam Musa
Ke-12 2008-2013 Wan Ubaidah Omar PR (PAS)
Ke-13 2013-2018
Ke-14 2018-2020 Izani Husin PAS
2020-2023 PN (PAS)
Ke-15 2023-kini

Sejarah pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Kelantan 2023
Parti Calon Undian %
PAS Izani Husin 14,552 75.81
BN Haris Hussin 4,644 24.19
Jumlah undian sah 19,196 100.00
Jumlah undi ditolak 146
Undi tidak dikembalikan 21
Keluar mengundi 19,363 63.68
Pemilih berdaftar 30,405
Majoriti 9,908
PAS kekal Peralihan
Sumber

[3]

Pilihan raya negeri Kelantan 2018
Parti Calon Undian %
PAS Izani Husin 9,998 58.44
BN Wan Shahrul Azuan Wan Ab Aziz 5,281 30.87
PH Nik Azmi Nik Man @ Nik Osman 1,828 10.69
Jumlah undi sah 17,107 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 222
Kertas undi tidak dikembalikan 207
Keluar mengundi 17,536 79.09
Pengundi berdaftar 22,173
Majoriti 4,717
PAS kekal Peralihan
Pilihan raya negeri Kelantan 2013
Parti Calon Undian %
PAS Wan Ubaidah Omar 10,632 65.95
BN Zaluzi Sulaiman 5,489 34.05
Jumlah undian sah 16,121 100.00
Jumlah undi ditolak 204
Undi tidak dikembalikan 60
Keluar mengundi 16,385 84.77
Pemilih berdaftar 19,329
Majoriti 5,143
PAS kekal Peralihan
Sumber
Pilihan raya negeri Kelantan 2008
Parti Calon Undian %
Pada hari penamaan calon, Wan Ubaidah Omar menang tanpa bertanding.
PAS Wan Ubaidah Omar
Jumlah undian sah 100.00
Jumlah undi ditolak
Undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi
Pemilih berdaftar 16,265
Majoriti
PAS kekal Peralihan


Pilihan raya negeri Kelantan 2004
Parti Calon Undian %
PAS Husam Musa 6,916 63.16
BN Che Rosli Hassan 4,034 36.84
Jumlah undian sah 10,950 100.00
Jumlah undi ditolak 146
Undi tidak dikembalikan 0
Keluar mengundi 11,096 79.13
Pemilih berdaftar 14,022
Majoriti 2,882
PAS kekal Peralihan
Sumber
Pilihan raya negeri Kelantan 1999
Parti Calon Undian %
PAS Abdul Halim Abdul Rahman 7,352 74.32
BN Nik Mohd Zain Omar 2,540 25.68
Jumlah undian sah 9,892 100.00
Jumlah undi ditolak 256
Undi tidak dikembalikan 0
Keluar mengundi 10,148 75.7
Pemilih berdaftar 13,408
Majoriti 4,812
PAS kekal Peralihan


Pilihan raya negeri Kelantan 1995
Parti Calon Undian %
PAS Abdul Halim Abdul Rahman 6,865 72.87
BN Ruhani Mamat 2,556 27.13
Jumlah undian sah 9,421 100.00
Jumlah undi ditolak
Undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi
Pemilih berdaftar 12,993
Majoriti 4,309
Kawasan pilihan raya ini baru diwujudkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "OpenDOSM - Kawasanku". OpenDOSM. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 31 Januari 2023.
  2. ^ a b c d "Statistik Subnasional Parlimen dan DUN: Parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan" (PDF). Parlimen Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia. Februari 2022. ISBN 978-967-0010-10-6. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 Jun 2023. Dicapai pada 25 Jun 2023.
  3. ^ a b "Warta Kerajaan Persekutuan - Keputusan Pilihan Raya Yang Dipertandingkan Dan Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi Bahagian Pilihan Raya Negeri Bagi Kelantan" (PDF). Jabatan Peguam Negara. 2023-08-29. Dicapai pada 2024-05-13.CS1 maint: date and year (link)
  4. ^ a b c d "Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-Syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Di Dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018" (PDF). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 1. 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-04-12. Dicapai pada 2018-05-15.
  5. ^ "Kod dan Klafikasi Parlimen dan DUN" (PDF). www.dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2 Januari 2023.
  6. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  7. ^ "Panduan Kawasan DUN". smplucee.ukm.my. Universiti Kebangsaan Malaysia. Dicapai pada 23 Jun 2023.
  8. ^ a b "Warta Kerajaan Persekutuan | Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. 29 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-03-28. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  9. ^ "Semakan Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14". Semakan Keputusan Pilihan Raya. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020.
  10. ^ "14th General Election Malaysia (GE14/PRU14) - Kelantan". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Januari 2021.
  11. ^ a b "Undi.info". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-05-01.