Mario Kempes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mario Kempes
Kempes with Valencia, s. 1982–84
Maklumat peribadi
Nama penuh Mario Alberto Kempes Chiodi
Tarikh lahir (1954-07-15) 15 Julai 1954 (umur 69)
Tempat lahir Bell Ville, Argentina
Ketinggian 1.84 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Penyerang tengah, Tengah penyerangan
Kerjaya remaja
1961–1968 Club Atlético y Biblioteca Bell
1968–1969 Talleres
1969–1970 Instituto
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1970–1973 Instituto 13 (11)
1973–1976 Rosario Central 107 (85)
1976–1981 Valencia 142 (95)
1981–1982 River Plate 29 (15)
1982–1984 Valencia 42 (21)
1984–1986 Hércules CF 38 (10)
1986–1987 First Vienna FC 20 (7)
1987–1990 St. Pölten 96 (34)
1990–1992 Kremser SC 39 (7)
1993–1994 Pelita Jaya 18 (12)
1995 Fernández Vial 11 (5)
1996 Lushnja
Jumlah 555 (302)
Pasukan kebangsaan
1973–1982 Argentina 43 (20)
Pasukan diurus
1995–1996 Pelita Jaya
1996 Lushnja (pemain-jurulatih)
1997–1998 Mineros de Guayana
1999 The Strongest
2000 Blooming
2000–2001 Independiente Petrolero
2001–2002 Casarano
2002 San Fernando[1]
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Mario Alberto Kempes Chiodi (Sebutan Sepanyol: [ˈmaɾjo alˈβeɾto ˈkempes ˈtʃjoði], Itali: [ˈkjɔːdi]; tarikh lahir 15 Julai 1954) ialah bekas pemain bola sepak pasukan kebangsaan Argentina yang bermain sebagai striker atau pemain tengah penyerangan. Kempes merupakan salah satu daripada penjaring gol paling berpengaruh di Amerika Selatan. Beliau berjaya mendapat gelar sebagai penjaring gol terbanyak La Liga dua kali bersama Kelab Valencia dengan jaringan gol 116 dalam 184 perlawanan.

Pada kerjaya antarabangsa, Kempes ialah pembeza dalam kemenangan pasukan kebangsaan Argentina di Piala Dunia 1978. Dalam pentas akhir beliau berjaya menjaringkan dua gol yang menghantarkan negaranya ke atas kejayaan dan menerima Kasut Emas sederum memenangi Bola Emas kejohanan itu. Kempes ialah salah satu daripada tiga pemain yang telah memenangi ketiga-tiga anugerah dalam satu acara Piala Dunia, bersama-sama dengan Garrincha pada tahun 1962 dan Paolo Rossi pada tahun 1982.

Kempes memenangi Pemain Bola Sepak Terbaik Amerika Selatan dan Pemain Bola Sepak Eropah Terbaik, Onze d'Or pada tahun 1978. Meskipun banyak pihak yang tidak mengakui gelaran dan kerjaya antarabangsa, kerana Piala Dunia 1978 disyak akan kontroversi.

Selepas persaraan beliau dari pasukan kebangsaan, Kempes bermain di kelas divisyen tertinggi Indonesia masa itu dengan menyertai Pelita Jaya FC pada musim 1993-94 dan menyertai semula sebagai jurulatih untuk 1995–96. Pada tahun 2004, beliau telah dinamakan sebagai salah satu daripada 125 pemain bola sepak terbaik yang masih hidup sebagai sambutan daripada ulang tahun ke-100 FIFA.[2] Beliau meneruskan kerjayanya di dunia sukan dengan menjadi ahli analisis ESPN Deportes dan pelakon suara untuk francais EA Sports FC dalam bahasa Sepanyol.

Kempes mendapat nama gelar, El Toro dan El Matador dan digelari salah satu daripada 3 pemain yang diakui sebagai Legenda Argentina, 2 Pemain lainnya ialah Diego Maradona dan Lionel Messi.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rosario Central

Valencia

River Plate

Pelita Jaya

Argentina

Individual

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kempes manager profile". BDFutbol.
  2. ^ "Pele's list of the greatest". BBC Sport. 4 Mac 2004. Dicapai pada 15 Jun 2013.
  3. ^ "Indonesia – List of (Semi-)Professional Champions". Dicapai pada 18 Oktober 2014.
  4. ^ "FIFA World Cup Golden Ball Awards". RSSSF. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2016. Dicapai pada 9 Februari 2015.
  5. ^ Crépin, Timothé (2 December 2015). "Pelé devait être le recordman" (in French). France Football.
  6. ^ South American – Player of the Century Retrieved on 3 January 2009
  7. ^ "Golden Foot Award". Goldenfoot.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2015. Dicapai pada 9 Februari 2015.
  8. ^ "La Selección de Todos los Tiempos" [The Team of All Time] (dalam bahasa Sepanyol). Argentine Football Association. 4 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2018. Dicapai pada 29 Januari 2018.
  9. ^ "IFFHS ALL TIME ARGENTINA MEN'S DREAM TEAM". 26 Ogos 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]