Pergi ke kandungan

Pengguguran di Azerbaijan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera Azerbaijan

Pengguguran di Azerbaijan adalah sah berdasarkan permintaan sehingga 12 minggu kehamilan, dan dalam keadaan tertentu antara 12 dan 28 minggu.[1] Undang-undang pengguguran dari Azerbaijan adalah berdasarkan kepada undang-undang pengguguran daripada Kesatuan Soviet pada tahun 1955, Azerbaijan merupakan Republik Kesatuan Soviet (sebagai Republik Sosialis Soviet Azerbaijan), dan tiada perubahan dibuat selepas Azerbaijan merdeka pada tahun 1991.[2] Diantara tahun 1965 dan 1987 kadar pengguguran menjadi sangat tinggi (antara 20 dan 28%).[3]

Sejak merdeka, kadar pengguguran hampir separuh dan relatif stabil setelah tahun 2000 (antara 12 dan 14%).[3] Pada tahun 2014, 13.8% kehamilan di Azerbaijan berakhir dengan pengguguran, sedikit kenaikan dari tahap rendah sepanjang masa yang dicatatkan pada tahun 2005 (12.1%).[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Azerbaijan abortion law. Womenonwaves.org. Dicapai pada 1 December 2015.
  2. ^ Abortion – Azerbaijan. United Nations Publications. 2001. Dicapai pada 1 December 2014.
  3. ^ a b c "Historical abortion statistics, Azerbaijan". Johnstonsarchive.net. 12 September 2015. Dicapai pada 1 December 2015.