Pengguna:KhairulPG

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertubuhan Amal Islam Pulau Pinang
Ibu pejabatNo 35, Tingkat 1, Lebuh Buckingham, 10200 Georgetown, Pulau Pinang.
 Malaysia
Penubuhan
Identiti
Fokushal ehwal Kebajikan
BidangDakwah, Kebajikan, Tarbiah
MotoDISINI BERMULANYA SEBUAH HARAPAN
Laman sesawangwww.facebook.com/IslamicCharitySociety
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pertubuhan Amal Islam Pulau Pinang (Islamic Charity Society) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2012. ICS adalah persatuan yang membantu kearah kebajikan dan prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. ICS bertekad untuk membela nasib fakir miskin dan juga mereka yang berada di dalam kesusahan selari dengan objektif,misi dan visi pertubuhan ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan Amal Islam Pulau Pinang (Islamic Charity Society Penang) atau nama singkatannya ICS telah ditubuhkan secara berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada tahun 2012 dan pergerakan pertubuhan ini adalah amat aktif dalam membela nasib fakir miskin dan juga mereka yang berada didalam kesusahan.Untuk makluman semua, skop bantuan ICS hanyalah tertumpu di dalam negeri Pulau Pinang sahaja buat masa ini kerana faktor dana dan komitmen. Selain itu, menurut statistik tahap kemiskinan di negeri yang maju contohnya Pulau Pinang adalah yang paling tinggi dan perhatian yang lebih perlu diutamakan di sini.

ICS terdiri daripada lebih kurang 40 ke 50 orang ahli keseluruhannya yang pada setiap tahun, jumlah penglibatan ahli dan juga sukarelawan kian bertambah. Ini adalah kerana, ICS menggunakan sistem gerak kerja mengikut cawangan daerah di dalam Pulau Pinang iaitu Cawangan Timur Laut, Barat Daya dan Seberang Perai (Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah digabungkan menjadi satu cawangan). Dengan menggunakan sistem gerak kerja cawangan lebih memudahkan ICS mencapai objektif penubuhannya kerana setiap cawangan tidak terbeban dengan jumlah kes yang banyak.

Tambahan lagi, ICS mempunyai hubungan rapat dengan sektor awam dalam merealisasikan impian kerajaan Malaysia iaitu membasmi kemiskinan dikalangan rakyat. Kerjasama dengan pihak Pengurusan Zakat Pulau Pinang (PUZ Penang) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) telah membawa ICS ke satu tahap yang lebih tinggi di awal penubuhannya.

Pergerakan ICS dari segala sudut adalah berdasarkan hasil sumbangan orang ramai dan kutipan dana secara berkala. Sehingga tahun 2016, terdapat beberapa penderma tetap yang terus memberi sokongan kepada ICS melalui sumbangan wang ringgit. Sehubungan itu, ICS telah mengambil satu jalan inisiatif untuk menampung perbelanjaan operasi ICS dengan menubuhkan " Charity Shop" di premis yang sama dengan Pejabat Operasi ICS di Lebuh Buckhigham, Georgetown Pulau Pinang.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Menjalankan aktiviti kebajikan dengan sistematik dan efektif bagi membantu semua golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang agama.
  • Memupuk semangat sukakan amal kebajikan dan berjiwa murni dikalangan ahli khususnya dan masyarakat umumnya.

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Membudayakan kerja kebajikan dan nilai murni dikalangan masyarakat.

Visi[sunting | sunting sumber]

  • Menjadi sebuah badan kebajikan yang sistematik dan efektif dalam gerak kerja kebajikan serta menyelesaikan masalah golongan yang memerlukan secara akar umbi.

Piagam ICS[sunting | sunting sumber]

  • Menjalankan ziarah dengan kadar segera untuk kes baru dalam tempoh 14 hari dari tempoh tarikh maklumat laporan diterima.
  • Mengambil tindakan 'follow up' dengan segera iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikhziarah pertama bagi mengenalpasti dan menyelesaaikan masalah jika kes tidak serius.
  • Bagi bantuan bulanan, memastikan bantuan sampai kepada penerima selewat-lewatnya pada setiap hujung bulan.
  • Bagi bantuan kilat seperti bantuan banjirdan bencana alam, memastikan bantuan sampai kepada penerima dalam tempoh 7 hari dari tempoh maklumat diterima.
  • Bagi bantuan mingguan iaitu bantuan makanan percuma kepada gelandangan, memastikan agar makanan dan minuman sampai ke lokasi pengagihan tepat pada jam 12.30pm dan memastikan sekurang-kurangnya 2 orang Ahli Sukarelawan ICS berada di lokasi.
  • Bagi kes serius dan sukar diselesaikan,kami akan berusaha dan membantu menyelesaikannya dalam tempoh 6 bulan selepas ziarah pertama.
  • Berusaha memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan sahaja.

Jenis Bantuan ICS[sunting | sunting sumber]

  • Bantuan kewangan secara bulanan dan one off.
  • Bantuan keperluan kesihatan secara bulanan seperti ubat-ubatan, lampin pakai buang dan susu.
  • Bantuan makanan atau keperluan rumah secara bulanan.
  • Peralatan untuk OKU dan pesakit kronik seperti kerusi roda dan tongkat.
  • Bantuan perniagaan kepada fakir miskin yang berpotensi.

Sumbangan Bantuan Kewangan Boleh Disalurkan Melalui[sunting | sunting sumber]

  • MAYBANK ISLAMIC

→ No. Akaun : 5574 3850 0665

→ Atas nama : Islamic Charity Society Penang

  • BANK ISLAM

→ No. Akaun : 0702 5010 0337 67

→ Atas nama : Pertubuhan Amal Islam Pulau Pinang

  • CIMB ISLAMIC

→ No. Akaun : 8602 1301 61

→ Atas nama : Pertubuhan Amal Islam Pulau Pinang

≥≥ Sila hubungi kami untuk pertanyaan dan urusan pengeluaran resit pengecualian cukai LHDN.

  • Pengerusi 012529 0762 - Zamri
  • Timbalan Pengerusi 017465 5106 - Redzuan
  • Setiausaha 012486 7360 - Edzwan
  • Bendahari 012411 2667- Azman
  • Pejabat 04-261 4246