Portal:Hal semasa di Eropah/2007
Penampilan
2007[sunting sumber]
- 13 Disember - Negara-negara ahli Kesatuan Eropah memeterai Perjanjian Lisbon.
- 30 November - Bangkai pesawat Penerbangan 4203 Atlasjet ditemui di Turki. Tiada yang terselamat.
- 20 November - Her Majesty's Revenue and Customs UK mengaku menyalahletakkan dua cakera komputer yang mengandungi maklumat mengenai tuntutan faedah kanak-kanak, menyebabkan sehingga 7.25 juta keluarga boleh kecurian identiti.
- 14 November - High Speed 1 dari London ke Terowong Selat dibuka kepada penumpang.
- 1 November -Perkhidmatan Polis Metropolitan London didapati bersalah membahayakan orang awam dalam penembakan Jean Charles de Menezes yang dianggap sebagai pengebom berani mati.
- 12 Oktober -Turki memanggil pulang duta ke Amerika Syarikat selepas Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan AS meluluskan resolusi mengecam penghapusan etnik Armenia semasa zaman Empayar Turki Uthmaniyyah.
- 6 September -Pemain tenor Itali, Luciano Pavarotti telah meninggal dunia.
- 29 Ogos - Abdullah Gül dipilih sebagai Presiden Turki ke-11.
- 28 Ogos -Darurat diisytiharkan di Greece akibat kebakaran hutan yang berleluasa (gambar).
- 22 Julai - Pilihan raya parlimen diadakan di Turki.
- 22 Julai - Banjir di Britain, terutamanya di kaunti Gloucestershire, Warwickshire, Worcestershire, dan Oxfordshire menyebabkan ratusan kehilangan tempat tinggal dan ribuan kenderaan terkandas di jalan raya.
- 21 Julai - Buku terakhir siri Harry Potter, Harry Potter and the Deathly Hallows mula dijual. Lebih 11 juta naskhah terjual dalam tempoh 24 jam pertama, suatu rekod baru.
- 19 Julai - Rusia mengusir empat kakitangan kedutaan British sebagai balas balik pengusiran empat diplomatnya oleh Britain. Rusia juga enggan bekerjasama dengan Britain dalam hal perang melawan keganasan.
- 16 Julai - Britain mengusir empat diplomat Rusia sebagai gerak balas keengganan Rusia menyerah balik Andrei Lugovoi yang disyaki di balik kes pembunuhan bekas perisikp KGB Alexander Litvinenko di London.
- 14 Julai - Atas dekri presidennya, Rusia menarik diri dari Perjanjian Angkatan Tentera Biasa di Eropah.
- 7-29 Julai - Tour de France 2007 berlangsung, dan akhirnya dimenangi oleh Alberto Contador.
- 4 Julai -Wartawan BBC yang diculik pada Mac lalu, Alan Johnston dibebaskan.
- 1 Julai - Portugal mengambil alih sebagai Presiden Majlis Kesatuan Eropah daripada Jerman.
- 28 Jun - Cuaca panas di Greece menyebabkan 11 orang maut akibat strok matahari, kira-kira 200 kebakaran liar terjadi, dan grid elektrik negara hampir runtuh akibat permintaan melampau.
- 25 Jun - Cuaca panas lampau mula melanda tenggara Eropah dengan suhu setinggi 46°C di Bulgaria dan Greece.
- 24 Jun - Millennium Dome yang telah diubah suai, kini dipanggil The O2, dibuka semula di London.
- 14 Jun - Parti Hijau menyertai kerajaan buat pertama kali di Republik Ireland, bersama dengan Fianna Fáil dan Demokrat Progresif.
- 10 Jun -Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Kanada, menjadikannya pemandu pertama berketurunan campur memenangi perlumbaan Formula Satu.
- 10 Jun - Pusingan pertama pilihan raya perundangan diadakan di Perancis, manakala pilihan raya umum diadakan di Belgium.
- 7 Jun -Pemimpin Parti Buruh UK yang baru Gordon Brown dilantik menggantikan Tony Blair sebagai Perdana Menteri United Kingdom.
- 6-8 Jun - Persidangan Kemuncak G8 ke-33 berlangsung di tengah-tengah bantahan kuat di Heiligendamm, Jerman.
- 26 Mei - Rusia sekali lagi diiktiraf sebagai kuasa besar penuh oleh Amerika Syarikat.
- 24 Mei - Pilihan raya di Republik Ireland: Taoiseach Bertie Ahern dan parti Fianna Fáilnya mendapat majoriti buat kali ketiga berturut-turut.
- 23 Mei -A.C. Milan menewaskan Liverpool F.C. 2-1 dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2006-07 di Stadium Olimpik Athens, Greece.
- 21 Mei - Kapal abad ke-19 Cutty Sark rosak teruk dalam satu kebakaran di London, UK.
- 16 Mei -Nicolas Sarkozy (gambar) secara rasminya menjadi Presiden Perancis menggantikan Jacques Chirac.
- 11 Mei -Tony Blair mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Britain pada 27 Jun 2007.
- 27 April - Pusingan pertama pemilihan presiden Turki dijalankan, namun kemudian dibatalkan oleh mahkamah.
- 17 April -Paun Sterling mencapai kadar tukaran tertingi sejak 15 tahun berbanding dolar Amerika Syarikat, memecah aras AS$2 buat kali pertama sejak 1992.
- 5 April -Kelasi dan tentera marin yang ditangkap Iran dibebaskan selepas dua minggu.
- 12 Mac -Wartawan BBC Alan Johnston hilang di Bandar Gaza, Palestin.
- 11 Mac -Kejohanan Badminton Seluruh England tamat dengan China memenangi semua kategori kecuali beregu lelaki yang dimenangi pasangan Malaysia.
- 26 Februari -Mahkamah Keadilan Antarabangsa mendapati Serbia bersalah kerana gagal menghalang pembasmian kaum dalam pembunuhan Srebrenica, tetapi melepaskannya dari tanggungjawab dan keterlibatan langsung.
- 25 Februari - Agensi Angkasa Lepas Eropah mengesahkan kejayaan terbang lalu trajektori Marikh kapal angkasa lepas Rosetta.
- 18 Januari - Hurikan Kyrill menyebabkan sekurang-kurang 44 orang maut di 20 negara di Eropah Barat.
- 8 Januari - Rusia memotong bekalan minyak ke Poland, Jerman dan Ukraine apabila pertikaian tenaga Rusia-Belarus memuncak; disambung semula 3 hari kemudian.
- 1 Januari - Bulgaria dan Romania menyertai Kesatuan Eropah; Slovenia mula menggunakan euro sebagai mata wang.