Rostam Farrokhzad
Rostam Farrokhzad (Parsi: رستم فرّخزاد ) merupakan seorang bangsawan Parsi berasal dari Armenia yang memegang jawatan Gabenor di wilayah Madain, ibu kota Parsi merangkap Ketua Panglima Tentera Parsi.
Perjuangannnya[sunting | sunting sumber]
Rostam Berjasa dalam memperkukuhkan empayar Parsi Sassanid dalam siri Peperangan Sassanid-Byzantine. Beliau juga penyokong kuat Kisra Parsi yang terakhir iaitu Yazdegerd III.
Kematiannya[sunting | sunting sumber]
Beliau terkorban dalam Perang al-Qadisiyyah apabila dibunuh oleh tentera Islam bernama Hilal ibn Ulafah.