Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Taman Putra Perdana, Puchong di daerah Sepang, Selangor. Kod Sekolah: BEA 9611. Sekolah ini mula dibuka pada 15 Jun 2009. Bagi membuat persiapan untuk membuka sekolah baru, PPD Sepang telah menghantar tiga orang guru yang didatangkan dari SMK Dengkil. Mereka terdiri daripada Pn. Hjh Rogiah binti Abdul Moin sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh Zarinah binti Md Hassan sebagai PK HEM dan En See Kang Hock sebagai PK Kokurikulum, 39 orang guru, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Am Rendah. Pada pendaftaran awal SMK Putra Perdana menerima seramai 329 orang murid tingkatan 1 dan 198 orang murid tingkatan 2, menjadikan kesemua pelajar berjumlah 527 orang.

Moto Sekolah[sunting | sunting sumber]

Moto sekolah "Perkasa, Proaktif, Patriotik' mendorong warga SMK Putra Perdana untuk mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Kini, SMK Putra Perdana telah diterajui oleh 8 orang pengetua iaitu

  1. Tuan haji Hamsan bin Saom (Jan 2010-Dis 2010),
  2. Pn. Hajjah Khasbia binti Othman (Jan 2011-Julai 2011),
  3. Tuan Haji Mohamad Kamaludin bin Taib (Ogos 2011-Nov 2011),
  4. Tuan Haji Mohd Amin bin Sulaiman (Dis 2011-Nov 2013),
  5. Pn. Hajjah Tumijah binti Ponimin (Dis 2013-Jan 2016),
  6. Tuan Haji Abd Khany bin Mohd YTusof (Jan 2016-Nov 2017), dan
  7. Tn. Haji Alias bin Abdul Ghani (4 Dis 2017- Julai 2019).
  8. Tuan Haji Abdul Wahid bin Baharon mula berkhidmat pada 12 November 2019 hingga sekarang.

Kemudahan Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Putra Perdana terdiri daripada 4 blok, iaitu Blok Akademik, Blok Makmal, Blok Pentadbiran dan Blok Bengkel. Sekolah ini juga mempunyai pelbagai kemudahan yang lengkap seperti pusat sumber, makmal sains, bengkel RBT, makmal komputer dan sebagainya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Laman web smkpp  2. Malaysian Education Directory
  2. BP 2020 SMKPP: Manual Pengurusan SMK Putra Perdana edisi 2020
  3. http://smkppsepang.blogspot.com/p/latar-belakang-sekolah.html
  4. ^ https://www.apac.com.my/bea9611-smk-putra-perdana.html
  5. ^ http://anyflip.com/giccs/yend