Stadium Shanghai
- Rencana ini mengenai stadium terbuka di Shanghai. Untuk stadium tertutup, lihat Stadium Tertutup Shanghai.
Stadium Shanghai 上海体育场 | |
---|---|
Lokasi | Shanghai, China |
Dibuka | 1997 |
Pemilik | Pusat Sukan & Budaya Asia Timur |
Permukaan | Rumput |
Kapasiti | 80,000(max), 65,000(bola sepak) |
Penyewa | |
Sukan Olimpik Khas 2007 |
Stadium Shanghai (上海体育场) merupakan stadium serbaguna di Shanghai, China. Ia seringkali digunakan untuk perlawanan bola sepak. Stadium ini dibina pada 1997 ketika Sukan Nasional Republik Rakyat China ke-8 yang diadakan di Shanghai. Ia boleh menampung muatan 80,000 penonton, jadi stadium ini digelar "Stadium 80,000 penonton"(八万人体育场). Ia juga merupakan salah satu daripada tiga stadium terbesar[[1]] di dunia, dan merupakan stadium kedua terbesar di China selepas Stadium Nasional Beijing disempurnakan pada 2007. Stadium ini akan digunakan bagi acara kelayakan perlawanan bola sepak untuk Sukan Olimpik 2008.
Nama[sunting | sunting sumber]
Stadium Shanghai hampir menyamai Stadium Tertutup Shanghai, dan dua bangunan ini hanya mempunyai satu perbezaan perkataan sama ada dalam bahasa Cina ataupun bahasa Inggeris. Ramai pihak yang terkeliru akan kedua-dua stadium ini, terutama selepas pembukaan Shanghai Metro Line 4, yang mana ia mempunyai persamaan bagi nama.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]