Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah
Tuanku Muhammad ibni Almarhum Tuanku Antah | |
---|---|
Pemerintahan | 22 Oktober 1888 - 1 Ogos 1933 |
Pendahulu | Yamtuan Antah |
Pengganti | Tuanku Abdul Rahman |
Raja Muda | tiada |
Pasangan | Y.M. Tunku Chik, Tuanku Ampuan Y.M. Tunku Halija binti Tunku Muda Chik [Ijah], Tuanku Ampuan (mangkat di Istana Ampang Tinggi, Kuala Pilah, 26 Mei 1921), puteri kepada Y.A.M. Tunku Aminu’llah ibni al-Marhum Tuanku Nasir ud-din, Tunku Muda Chik, dan Y.A.M. Tunku Jindai ibni al-Marhum Raja Imam, puteri kepada Paduka Sri Tuanku Raja Imam ibni al-Marhum Yang di-Pertuan Lenggang, Yang di-Pertuan Seri Menanti Y.A.M. Cik Rahah binti Tia, Cik Ampuan, seorang rakyat biasa |
Anakanda | |
Tunku Abdul Aziz Tuanku Abdul Rahman Tunku Laksamana Nasir Tunku Muhammad Alam Shah | |
Tempat persemayaman | Istana Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan |
Ayahanda | Yamtuan Antah |
Bonda | Cik Halima |
Keputeraan | 25 April 1865 Istana Lama Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tanah Melayu British |
Kemangkatan | 1 Ogos 1933 Istana Besar Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tanah Melayu British | (umur 68)
Agama | Islam Sunni |
Tuanku Muhammad ibni Almarhum Tuanku Antah (25 April 1865 - 1 Ogos 1933) merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ketujuh, memerintah dari 22 Oktober 1888 - 1 Ogos 1933. Semasa pemerintahan baginda, Negeri Sembilan datang di bawah perlindungan British pada tahun 1889, dan menjadi bahagian daripada Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895. Baginda juga terlibat dalam perjanjian persetiaan persekutuan 1895, Tuanku Muhammad Shah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Baginda mangkat pada tahun 1933, selepas pemerintahan 45 tahun, dalam usia 68 tahun. Baginda telah dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti di Seri Menanti.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh Yamtuan Antah |
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 1888-1933 |
Diikuti oleh: Tuanku Abdul Rahman |