Aksara Rencong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tulisan Rencong (réncong), ialah sistem tulisan yang terbit daripada Pallava dan Kawi, yang akhirnya berasal daripada tulisan Brahmi.

Huruf Rencong iaitu huruf Melayu tua banyak digunakan di Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minangkabau. Huruf ini kekal hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.

Huruf yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba ialah huruf yang tertua iaitu menyerupai seperti bentuk huruf-huruf Rencong atau Rencang, Kawi dan Lampung. Kajian menunjukkan bahawa huruf-huruf tersebut ada kaitan dengan huruf-huruf orang-orang Kambojas pada zaman purba.

Dengan menggunakan huruf-huruf Kawi, Pallava dan Rencong, orang-orang Melayu kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu (batu bersurat). Tulisan kuno ini telah dijumpai pada tahun 1892 di sebatang tiang batu di Kota Kapur (Bangka Barat).

Terdapat banyak versi tulisan Rencong, masing-masing berasal dari kawasan-kawasan yang berlainan di Sumatera dan Sulawesi.[1]

Abjad Rencong dari Kerinci


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.bahasa-malaysia-simple-fun.com/ancient-writings.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.