Batang rayap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pembentukan stolon oleh Eleocharis palustris

Batang rayap atau stolon adalah salah satu daripada contoh pembiakan vegetatif bagi tumbuhan.

Batang rayap adalah batang yang tumbuh menjalar atau mengufuk di permukaan tanah.

Ia mempunyai buku dan ruas. Pada bukunya tumbuh tunas dan akar yang akan berkembang membentuk anak pokok yang baru. Akhirnya batang rayap ini akan hancur mereput dan meninggalkan anak pokok ini terasing daripada induknya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]