Kebudayaan Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Budaya Perancis)
Lompat ke: pandu arah, cari
René Descartes, "Bapa Falsafah Moden"

Kebudayaan Perancis dibentuk oleh geografinya, melalui peristiwa-peristiwa bersejarah yang mendalam, serta kuasa-kuasa dalam dan luar negara. Negara Perancis, khususnya ibu kota Paris, memainkan peranan penting sebagai pusat kebudayaan tinggi dan seni perhiasan seluruh Eropah sejak abad ke-17, dan seluruh dunia sejak abad ke-19. Sejak akhir abad ke-19, Perancis juga memainkan peranan penting dalam seni moden, wayang gambar, fesyen dan masakan. Kepentingan budaya Perancis turun naik mengikut peredaran zaman, bergantung pada kepentingan ekonomi, politik dan tenteranya. Budaya Perancis masa kini diketengahkan oleh perbezaan sosioekonomi dan serantau yang besar serta kencenderungan kesatuan yang teguh.