Hikayat Kalilah wa-Damnah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hikayat Panchatanderan)

Hikayat Kalilah wa-Damnah merupakan sebuah hikayat lama Melayu yang terpengaruh oleh corak kesusasteraan Parsi. Tajuk hikayat ini telah tersenarai dalam daftar Werndly yang disediakan pada T. M. 1736. Ini bererti ia wujud sebelum tarikh itu lagi.

Asal[sunting | sunting sumber]

Kan­dungan Hikayat Kalilah wa-Damnah bercorak sadoran daripada hikayat Parsi. Tetapi cerita asalnya adalah dari tanah Hindi iaitu daripada sebuah hikayat berjudul Panchatantera, yakni lima cerita (untuk membentuk kesempurnaan budi pe­kerti); hikayat ini telah disusun oleh seorang Brahman Hindu kira-kira pada T.M. 300, yang dimaksudkan bagi mengajar putera-putera raja dengan jalan cerita-cerita yang disusun merupakan seolah-olahnya cerita-cerita itu berlaku dalam alam binatang, tetapi isinya mengandung kias nasihat yang baik-baik di-tujukan kapada manusia.

Senaskah hikayat Hindu itu telah dibawa kenegeri Parsi atas perintah Raja Parsi yang bernama Khisra Anu­sharwan (T.M. 531-579) dan diterjemahkan ke­ bahasa Suryani kira-kira dalam T.M. 570. Salinan itu diberi nama "KaIila wa Dimna" iaitu telo'r sebutan atas nama dua ekor serigala yang mengambil bahagian utama dalam aliran cerita Panchatantera itu. Dalam kurun Ma­sehi yang ke- VIII naskah salinan Parsi dari hikayat itu telah disalin pula ke bahasa Arab oleh Abdullah ibn al­Muquaffa'. Dalam kurun Masehi yang ke-VII, buah usaha 'Abdullah ibn al-Muquaffa' itu telah disalin semula ke Bahasa Parsi oleh Nasrullah, dan salinan ini telah dibaharui: pula oleh Wa'iz Kashifi sebelum ia meninggal dunia pada T.M. 1504 dan dinamakannya "Anwari Suhaili."

Perkembangan salinan-salinan kesusasteraan mengan­dungi pelbagai cerita-cerita binatang yang berasal dari­pada tanah Hindi itu tidaklah terhad di negeri Parsi atau di tanah Arab sahaja bahkan telah tersebar luas dari Asia membawa ke Eropah dengan tidak kurang daripada dua ratus salinannya melalui saluran lebih daripada lima puluh bahasa.

Dalam bahasa Jawa ada tiga salinan hikayat yang mengandungi cerita-cerita binatang ini, iaitu satu dalam bahasa Jawa zaman pertengahan dan dua salinan lagi dalam bahasa Jawa baharu; sementara dalam bahasa Madura ada dua salinannya.

Salinan bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Melayu ada tiga pula salinannya, iaitu yang pertamanya ialah naskah Hikayat Kalilah wa­Damnah saperti yang tersebut di dalam daftar Werndly T.M. 1736 itu, yang keduanya Hikayat Paneha Tanderan yang diterjemahkan oleh 'Abdullah bin Abdul Kadir Munshi daripada bahasa Tamil dengan bantuan sahabat­nya yang bernama Tambi Malu Berpatar di Melaka pada T.M. 1835; dan yang ketiganya sebuah hikayat bernama "Dalang iaitu segala dongeng dan cerita yang telah di­karangkan oleh Hakim Lokman dan Bidpai". Buku ini asalnya dari salinan dalam bahasa Turki yang disalin ke Bahasa Peranehis, kemudian ke bahasa Belanda dan akhir­nya diterjemahkan oleh Gonggrip ke bahasa Melayu. Salinan hikayat ini dalam bahasa Melayunya bersama-­sama dengan Hikayat Kalilah wa-Damnah telah diterbit­kan oleh Gonggrip pada T.M. 1876.

Salinan yang tertua dalam bahasa Melayunya Hikayat Kalilah wa-Damnah, yakni naskah yang ada tersebut namanya di dalam daftar Werndly itu, banyak bersesuai dan berseiras jalan ceritanya dengan kandungan naskah­-naskah Parsi, iaitu salinan Nasrullah dalam kurun Masehi yang ke-XII, serta naskah salinan Husain Wa'iz Kashifi yang bernama "Anwari Suhaili" itu; dalam pada itu ada pula ia mengandungi cerita-cerita tambahan yang asing daripada kandungan naskah-naskah salinan Parsi tersebut. Oleh yang demikian haruslah naskah hikayat itu telah diturunkan daripada sesebuah naskah yang tersalin di ­tanah Hindi Selatan, dengan berdasarkan beberapa buah salinan lagi selain daripada salinan-salinan dari bahasa Parsi itu.

Berkenaan dengan bilakah zamannya tercipta salinan tertua dalam bahasa Melayu Hikayat Kalilah wa-Damnah itu, maka sebagai suatu alasan bolehlah dikemukakan tentang ada terkandung di dalamnya tiga cerita yang di­sadur dari "Anwari Suhaili". Husain Wa'iz Kashifi, penya­lin atau penyusun "Anwari Suhaili" itu telah meninggal dunia pada T.M. 1504. Sekiranya benarlah anggapan bahawa salinan dalam bahasa Melayu itu diturunkan dari­pada sesebuah naskah yang tersalin di tanah Hindi Selatan, maka haruslah mengambil masa yang lanjut jua baru naskah itu sampai ke tangan seseorang yang dapat menterjemahkannya ke bahasa Melayu; oleh yang demi­kian bolehlah diagak bahawa salinan bahasa Melayunya Hikayat Kalilah wa-Damnah itu haruslah belum tercipta terdahulu daripada T.M. 1504, iaitu tarikh Husain Wa'iz Kashifi meninggal dunia ini juga bererti bahawa salinan Hikayat Kalilah wa-Damnah itu tidak dapat dikatakan ciptaan zaman Kerajaan Melayu bahkan lebih hampir dan munasabah jika dikatakan ciptaan kurun yang ke-XVII.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai Kesusasteraan Melayu
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z