Hutan Rekreasi Ayer Keroh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hutan Rekreasi Ayer Keroh (kini lebih dikenali sebagai Taman Botanikal Melaka) terletak di Lebuh Ayer Keroh, Melaka menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan dan terletak di kawasan pelancongan Ayer Keroh bersama Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia dan lain-lain.

Seluas 359 hektar, dengan sehingga 10 hektar diperuntukkan sebagai tapak perkhemahan,[1] hutan rekreasi ini dibuka pada April 1984.

Di sini suasana yang aman tenteram hutan tropika menanti untuk diteroka. Pokok-pokok yang dilabel membuatkan ia serba menyeronokkan lagi ilmiah untuk pembelajaran segera di dalam flora dan fauna Malaysia yang kaya dengan pelbagai khazanah. Ia merupakan satu tempat yang amat sesuai untuk merentas hutan, memanjat bukit, berjogging dan berbasikal.

Sejak Jun 2006, sebahagian kawasan hutan ini dibuka semula sebagai Taman Botanikal Melaka.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Hutan Rekreasi Ayer Keroh MelakaCOM.NET - The Melaka (Malacca) Official State E-Commerce Portal. Dicapai 9 Februari 2014.
  2. aman Botanikal Melaka Rekreasi — Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka. Dicapai 9 Februari 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]