Jabatan Agama Islam Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jabatan Agama Islam Perak ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Perak bagi mentadbir semua hal ehwal umat Islam, pelaksanaan agama Islam, pendidikan dan Undang-undang keluarga Islam peringkat negeri Perak. Pengarah JAIPk terkini adalah Datuk Mohd Yusop Husin.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Negeri Perak ialah sebuah negeri yang dimasukkan ke dalam apa yang dipanggil oleh Kerajaan Penjajah British, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau “Federated Malay State” yang ditubuhkan dalam tahun 1896. Mengikut Perlembagaan Negeri Perak mulai zaman itu hinggalah sekarang ini bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak adalah menjadi Ketua Agama dan Adat Melayu dalam negeri ini, yang mempunyai kuasa penuh.

Pentadbiran Hal Ehwal Agama[sunting | sunting sumber]

Mengenai Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam dalam negeri Perak ini tidaklah dapat diketahui dengan jelasnya bilakah ianya mula disusun dengan cara-cara yang berperaturan. Ini mungkin disebabkan oleh fahaman hati-hati orang Islam pada zaman itu bahawa masalah Agama adalah tanggungjawab individu, dengan itu tidaklah lagi memerlukan sebarang peraturan.

Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan[sunting | sunting sumber]

Setakat yang dapat diketahui bahawa Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan yang dikarang oleh Penghulu Teja Tuan Syed Yunus b. Syed Alwi.

Atau dalam bahasa Inggerisnya “Ninety Nine Laws Of Perak” adalah undang-undang yang tertua sekali dalam negeri ini mengenai Hal Ehwal Agama, tarikh tepat dikuatkuasakan undang-undang ini tidak dapat diketahui, cuma kuatkuasa undang-undang ini telah berjalan hingga ke tahun 1900 apabila ianya diganti dengan suatu undang-undang lain iaitu bab FMS 197. Tidak juga diketahui bentuk pentadbiran agama Islam ketika itu.

Walau bagaimanapun menurut cerita-cerita mulut yang layak dipercayai bahawa Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan itu telah ada semenjak pemerintahan AlMarhum Sultan Idris Mursidil A’azam Shah 1887-1916. Baginda jugalah yang dipercayai telah melantik Tuan Haji Wan Muhammad b. Wan Hussin sebagai guru agama baginda, tetapi tuan ini disebut juga sebagai Mufti. Bolehlah dikira bahawa inilah Mufti Perak yang pertama secara tidak rasmi atau tidak dirasmikan. Tuan ini hidup hingga ke zaman pemerintahan anakanda baginda iaitu AlMarhum Sultan Alang Iskandar 1918-1938.

Undang-Undang Bab 197 FMS[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1900 dikuatkuasakan satu undang-undang yang dinamakan: Undang-Undang Pentadbiran Perkahwinan Orang-Orang Islam Bab 197 FMS. Dengan itu, didirikan sebuah bangunan sebagai pejabat bertempat di kawasan Pejabat Kadi Wilayah Kuala Kangsar yang dinamakan Pejabat itu dengan nama: Balai Syara’, di mana ditempatkan di sana seorang Kadi Besar, yang mengetuai beberapa orang Kadi Wilayah. Wilayah Kadi pada masa itu ialah Tanjong Malim, Tapah, Teluk Intan, Batu Gajah, Ipoh, Sitiawan, Taiping ,Simpang Lima, Kuala Kangsar, Selama, Lenggong dan Parit. Dikalangan orang-orang Melayu pada masa itu perkataan Kadi Besar kurang diketahui umum kerana panggilan Chief Kadi lebih popular. Orang-orang yang mula-mula memegang jawatan Kadi Besar dalam Negeri Perak ini ialah Tuan Habib Abdullah.

Dalam urusan pengajaran agama ditubuhkan “Komiti Quran Perak” pada tahun 1917. Pengerusi yang pertama ialah Al Marhum Sultan Iskandar yang waktu itu Raja Bendahara Perak.

Fungsi Komiti Quran adalah juga “Komiti Syariah Negeri Perak” Tanggungjawab komiti ini sangat luas meliputi segala bidang pentadbiran Agama Islam pada zaman itu termasuklah kebenaran penerbitan buku agama, tarikh mengajar dan sebagainya.

Perjumpaan Alim Ulama’ Perak[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan tahun 1947 ketika kehangatan tanahair kita dengan Perjuangan Nasionalis Melayu menentang Malayan Union masih sangat dirasakan , muncullah beberapa banyak pertubuhan, persatuan dan sebagainya. Di antara yang paling di Negeri Perak ini ialah Persatuan Melayu Perak yang kemudiannya diekori dengan satu perjumpaan Alim Ulama’ secara besar-besaran bertempat di Madrasah Iskandariah Kuala Kangsar pada 10 Ogos, 1974 dengan tujuan untuk menyatukan seluruh tenaga dan kekuatan Alim Ulama’ dalam negeri ini.

Dalam Hal Ehwal Agama perjumpaan ini sangat penting kerana inilah pertama kalinya satu idea dikeluarkan meminta Kerajaan menubuhkan sebuah jabatan mengenai Hal Ehwal Agama Islam khasnya di dalam Negeri Perak ini dan amnya seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

Di antara tokoh yang patut dikenang di dalam perjumpaan itu ialah Encik Ali Zaini(sekarang Dato’ Seri Ali Zaini, bekas Speaker Negeri Perak) yang pada perjumpaan itu ialah peserta paling muda dan paling berkebolehan mengeluarkan pendapat. Beliaulah yang mula-mula sekali mengeluarkan idea tersebut.

Awal Muharram 1369/23/10.1949[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1949 Undang-Undang Penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak diluluskan. Mengambil sempena dengan tarikh 1hb Muharram 1369 Hijrah bersamaan dengan tarikh 23hb 10.1949 Kerajaan Negeri Perak telah mewujudkan sebuah Pusat Agama yang dinamakan seperti nama sekarang ini “Majlis Agama Islam dan Adat Melayu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak” dengan pejabatnya yang pertama di tempat letak kereta Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak.

Dengan penubuhan ini Majlis dan Jabatan pada tahun 1949 iaaitu Pejabat Mufti, Pejabat Quran dan Pejabat Kadi Besar (Balai Syara’) yang semuanya berada di Kuala Kangsar dipindah dan disatukan di Ipoh. Balai Syara’ di Kuala Kangsar digantikan dengan nama “Pejabat Kadi Wilayah Kuala Kangsar”.

Dengan penubuhan itu juga mansuhlah Komiti Quran. Perjalanan sekolah Quran bertukar corak. Ia tidak lagi diajar sebelah petang tetapi dimasukkan ke dalam Sekolah Melayu sebelah pagi dan Pelajaran Quran hanya sebagai salah satu daripada Mata Pelajaran Agama Islam yang diajar. Urusan Pelajaran Agama Islam pada masa itu dikendalikan oleh seorang Nazir dan 3 orang Penolong Kanannya yang bertanggungjawab terus kepada Yang Dipertua dan Setiausaha. Kemudiannya Pelajaran Agama di sekolah-sekolah rendah ini di ambil alih pula oleh Kementerian Pelajaran.

Komiti Syariah berubah bentuk sedikit demi sedikit. Kalau dulu Pengerusi Komiti dipegang oleh salah seorang Orang Besar Negeri kemudian digantikan dengan siapa yang memegang jawatan kadi Besar dan Mufti sebagai penasihat. Sehinggalah sekarang ini Mufti menjadi Pengerusi dan Komiti Syariah digelar Jawatan Kuasa Syariah.

Sebagai kesimpulan ketika penubuhan 1949 itu hal-hal yang dikendalikan oleh Majlis dan Jabatan bolehlah dibahagi kepada Unit di bawah ini dengan Ketua masing-masing:-

i) Bahagian Fatwa diketuai oleh Mufti ii) Kadi Besar mengetuai Kadi-Kadi Wilayah iii) Bahagian Pelajaran diketuai oleh Nazir iv) Bahagian Am diketuai oleh Kerani Besar

Pada 10 Ogos 1947, satu perjumpaan Alim Ulama seluruh Negeri Perak di Kuala Kangsar telah menghasilkan satu “Resolusi” mengenai pentingnya di tubuhkan sebuah Majlis Agama Islam di Perak dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Organisasi Pentadbiran Agama Islam mula diwujudkan dan dikenali sebgai “Balai Syarak” bertempat di Kuala Kangsar. Pada 2 Ogos 1949, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak di tubuhkan dan disusuli dengan penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak pada 23 Oktober 1949 yang bertujuan untuk menasihati dan membantu Sultan dalam hal-hal yang berkaitan dengan Agama Islam dan Adat Melayu sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri. Undang-undang Majlis ini telah diluluskan pada 1 Mei 1952. Mengikut Enakmen Undang-undang di bawah Seksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1982, suatu perbadanan bernama “Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak” ditubuhkan (sebelum ini ditubuhkan di bawah Seksyen 5 Undang-undang Pentadbiran Ugama 1965) dan menjadi suatu badan yang kekal turun-temurun.

Sejarah Penempatan Bangunan JAIPk[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1949 Pejabat Jabatan Agama Islam Perak terletak di tempat letak kereta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.Kemudiannya berpindah ke sebuah bunglow yg. kemudiannya menjadi Pejabat Tanah Ipoh. Setelah itu Kerajaan Negeri Perak telah membina bangunan khas untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak di Jalan Kelab iaitu di tapak quarters yang musnah dibom tentera Jepun yang sekarang ini terletak Wisma Wan Mohammad. Bangunan tersebut lebih dikenali dengan nama “Bangunan Cermin”

Rujukan[sunting | sunting sumber]